Selasa, 18 Oktober 2011

Media Malaysia belum bebas

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaaan (KPKK) memberitahu tindakan tidak menjemput pengamal media alternatif dan juga media atas talian (online) pada Majlis Perundingan Media (MPM) pada 25 Julai yang lalu adalah kerana unsur fitnah yang diamalkan oleh media terbabit.

Timbalan Menteri KPKK, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz menyatakan demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) mengenai bagaimana pihak kementerian melantik anggota-anggota MPM serta mengapakah tidak merangkumi media portal atas talian (online).

Tambah Tian lagi, kebebasan media di negara ini masih lagi berada pada peringkat yang membimbangkan.

"Melihat pada kedudukan kebebasan media, Malaysia berada pada kedudukan 143 dari 196 ia memperlihatkan media Malaysia belum bebas sepenuhnya.

"Dalam mengembalikan kebebasan media kenapa perundingan tersebut hanya melibatkan media arus perdana sahaja sedangkan media alternatif tidak dijemput sekali," jelas Tian.

Dalam pada itu KPKK juga memberitahu perbincangan yang turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu masih lagi diperingkat cadangan dan beberapa faktor perlu diambil kira kerana terdapat tentangan dari pengamal media arus perdana yang tidak mahu campur tangan kerajaan.

Tiada ulasan: