Selasa, 4 Oktober 2011

Gempar: 'Saksi Misteri' Bakal Beri Keterangan Kes Liwat 'Anwar Ibrahim' Di Mahkamah Tinggi Esok !

PAHANG DAILY


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, semakin panas nampaknya, bila dilaporkan seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes itu esok (4 Oktober 2011).

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah. Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,”
katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.”
katanya.

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar (2004).

[Persoalannya sekarang, siapakah "saksi misteri" yang dimaksudkan itu. Senario terbaru ini pastinya akan menggemparkan kes liwat terbabit sebenarnya.

Tambahan pula kini kes tersebut sudah menghampiri ke penghujungnya. Ramalan yang dibuat oleh ramai pihak mengatakan, Anwar Ibrahim bakal disabit dengan kesalahan ini dan bakal dihantar semula untuk mendiami Penjara Sg.Buloh buat kesekian kalinya.

Namun, apakah saksi mistei yang diperkatakan itu dapat menyelamatkan masa depan politik Anwar?. Apa yang pasti, pilihanraya umum ke-13 ini nanti pasti akan menguji sejauh mana rakyat percaya dengan kes liwat II ini.

Jika pembangkang terus mendapat sokongan, maka ternyata mereka menolak apa yang terjadi dan begitulah sebaliknya. Sama-sama kita nantikan apakah adengan seterusnya yang bakal berlaku dalam kes tersebut nanti].

Tiada ulasan: