Beliau berkata, siasatan ke atas pembinaan bangunan di lereng bukit termasuk premis persendirian juga perlu diambil kira.
“Sudah cukup negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Seramai 16 orang terkorban dalam kejadian itu petng kelmarin. Sembilan terselamat dengan kecederaan.
Semalam beliau menziarah mangsa terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14, Hulu Langat.
Dr Wan Azizah turut memuji kecekapan anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kejadian tanah runtuh.
“Kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus-lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu,” katanya.
Beliau juga berkata, tragedi tanah runtuh ini merupakan satu peringatan kepada manusia agar menitikberatkan keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat anak-anak yatim dan orang tua agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Dr Wan Azizah berharap agar masyarakat mengambil ikhtibar dan mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan dalam kehidupan seharian.
Beliau mendoakan agar mangsa yang terlibat diberi perhatian agar mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka.
“PKR mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka.
“Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan