Sabtu, 7 Mei 2011

Jihad perangi rasuah omong kosong Umno BN

Hafizi Pauzi


PARIT BUNTAR: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi.

“Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan,” kata Idham ketika ditemui di sini.

Tambahnya, BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

“Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.

Beliau menambah, walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit.

“Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja.

“Saya yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat,” ujarnya.

21 ulasan:

zam berkata...

usaha untuk memerangi rasuah adalah pekara yang sememangnya perlu dilakukan.

zam berkata...

untuk memerangi rasuah, komitmen daripada semua pihak adalah penting.

Tanpa Nama berkata...

memerangi rasuah bukan sekadar melafazkan kata-kata namun perlu tindakan dan kerjasama semua pihak. tidak kira darjat dan pangkat, mereka yang melakukan rasuah memang harus disiasat.

Jason berkata...

Say NO to corruption.

Jason berkata...

Those who are involved in corruption must be brought in for investigation and most importantly take action against them.

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu mempolitikkan isu rasuah. usaha untuk mencari langkah-langkah yang lebih efektif untuk membanterasnya lebih penting.

mike berkata...

adakah PAS bebas dari rasuah?

mike berkata...

apa jua usaha memerangai rasuah haruslah disokong..

mike berkata...

bagaimana pula cara PAS untuk memerangi rasuah? rasuah tidak mengenal parti politik, tidak mengenal siapa..

mike berkata...

diharap SPRM akan terus komited untuk memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan seseorang..

Paquin berkata...

Rasuah bukan isu yang boleh diselesaikan tanpa disiplin dan keazaman yang kukuh.

Paquin berkata...

Justeru, mainkan peranan masing-masing dan buatlah apa yang patut. Jangan hanya tahu cakap saja.

Unknown berkata...

Bukan setakat rasuah, pelbagai cara telah dilakukan oleh BN untuk menangani rasuah. Tapi nampaknya segelintir pihak masih mengendahkan buruknya rasuah ini.

Tanpa Nama berkata...

jika nak perangi rasuah kenalah benar2 serius. kerjasama dari semua perlu ada bagi memerangi rasuah.

Mohd Ishak berkata...

Perangi rasuah bermula dari kita sendiri.

Hamdan Hadillah berkata...

Apa yang perlu ada pada seseorang adalah jauhi rasuah.. Rasuah merupakan genjala yang kurang sihat.

Smookiekins berkata...

Jangan cakap sahaja, rakyat mahu tengok hasil. Buktikan.

Tanpa Nama berkata...

kira baguslah jika kerajaan mahu bertindak memerangi rasuah secara keseluruhan. kenapa pula PAS bising2 macam kera kena belacan.. macam la tidak ada rasuah dalam kerajaan PR.. bila kerajaan diam, dorang bising.. bila kerajaan bertindak pun dorang bising.. betul2 tidak paham la dengan pembangkang ni.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini tiga peguam kanan Perancis telah memfailkan permohonan di mahkamah Paris bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.. apa kesudahan kes ini? ada PAS follow up kes ini? tidak ada.. yang dorang tahu tembak saja apa yang boleh ditembak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada bukti yang menunjukkan terdapatnya unsur2 rasuah atau penyelewengan dalam pembelian kapal selam negara, tidak kira anda pemimpin tertinggi peringkat kerajaan mahupun ketua pembangkang. Kalau anda di pihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan.

mandau berkata...

kita harus hapuskan rasuah.