Jumaat, 6 Mei 2011

Gagal faham konsep pembangunan sebab ekonomi menjunam

Afiq Hazami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Akibat dari kegagalan pemimpin negara yang ada kurang memahami konsep pembangunan yang sebenar menyebabkan ekonomi negara terus menjunam, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian sewaktu menghadiri program wacana ekonomi yang berlangsung di Menara MPAJ dekat sini petang semalam (gambar).

Program tersebut yang mengulas tentang isu pengangkutan awam di Lembah Klang mengenai penambahbaikan dan cabaran, Anwar berkata "Pembangunan yang hendak dilaksanankan perlulah bermula dari hati yang tulus dan berlandaskan ketaqwaan."

Tegas beliau lagi, masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Lembah Klang atau kawasan di sekitar Kuala Lumpur ini disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang.

"Sekiranya apa yang kita bangunkan tetapi kesannya merobohkan apa yang ada, bukanlah satu cara yang bijak untuk kita katakan sebagai satu pembanguanan," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM24 billion telah diberikan subsidi kepada sektor korporat seperti penjana bebas, konsesi lebuhraya setiap tahun, berbanding hanya RM11 billion subsidi minyak kepada rakyat yang sekarang cuba ditarik balik.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia menjelaskan kadar tol terus meningkat selepas beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Hal ini menurut beliau mendapat desakan daripada golongan yang mahu meningkatkan harga tol dan seterusnya membebankan rakyat.

Di samping itu, beliau juga turut menimbulkan persoalan mengenai kenaikan harga minyak pada dewasa kini yang mana memberi beban kepada rakyat.

Selain itu, gejala rasuah yang sukar dibendung, menyebabkan negara mengalami kebocoran sebanyak RM21 billion, jelas beliau ketika menyentuh isu rasuah.

Tiada ulasan: