Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Ketika Umno BN sedang rancak menyusun pelbagai fitnah termasuk mengatakan kerajaan Selangor menzalimi rakyat dalam rangka menawan kembali negeri itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus menyusun pelbagai program untuk membantu dan membela rakyatnya. Terbaru, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan 40 peratus rumah mampu milik (RMM) yang diperkenalkannya akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, rumah mampu milik yang telah diperkenalkan itu berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga antara RM69,000 hingga RM100,000 seunit. Menurut beliau, rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program itu. Katanya, lebih 2,000 unit rumah akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama akan dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan. "PKNS juga telah mengenal pasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Rumah-rumah mampu milik itu, menurut beliau, adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. "Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik itu agar hanya mereka yang layak dapat membelinya," katanya. Sehubungan itu, jelas beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menganjurkan Seminar Rumah Mampu Milik pada 5 Julai ini di SACC Convec, Shah Alam. "LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka memberitahu, tujuan seminar itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu. "Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut," jelasnya. |
Isnin, 9 Mei 2011
40% RMM untuk pembeli 35 tahun ke bawah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan