Ahad, 10 Oktober 2010

Umno-BN Bakal Serah Projek Mega Kepada Kroni

Oleh Suara Keadilan
tony_puaSHAH ALAM - Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri berdepan dengan kegagalan sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional masih tetap dengan amalan menswastakan aset kerajaan secara terus tanpa proses tender terbuka atau kompetitif kepada kroni.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, keadaan membimbangkan samada kerajaan benar-benar serius mahu melaksanakan apa yang terkandung dalam MEB dan PTE apabila masih mahu berselinding disebalik 'inisiatif kewangan persendirian' atau 'kerjasama awam-swasta' untuk menganugerahkan projek-projek mega kepada kroni Umno-BN.

Antara yang sedang dipertimbang oleh kerajaan termasuk pengambilahan konsesi lebuhraya RM50 bilion oleh Asas Serba, sebuah syarikat kecil yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi Renong Bhd, Tan Sri Halim Saad.

"Cadangan ini sepatutnya ditolak terus kerana tidak mempunyai asas, merit dan tidak diperlukan langsung," kata Tony dalam kenyataan medianya Rabu lalu.

Projek lain yang dipertimbangkan ialah cadangan pembelian UEM Group Bhd daripada Khazanah Nasional oleh kroni Umno-BN, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM15.6 bilion.

Kata Tony, UEM mempunyai ekuiti besar dalam lapan syarikat tersenarai termasuk paling bernilai saham 38.5 peratus di dalam PLUS Expressways Bhd, Time dotCom Bhd 28.7 peratus, Faber Group Bhd 32.0 peratus dan UEM Land Bhd 77.1 peratus.

Satu lagi projek besar yang bakal menguntungkan kroni Umno-BN ialah sistem Greater KL Mass Rapid Transit (MRT) yang menelan belanjan sehingga RM46 bilion di mana usahasama Gamuda Bhd dan MMC Bhd dikatakan akan membolot projek tersebut.

Begitu juga dengan YTL Corporation Bhd yang dijangka dianugerahkan projek untuk membangunkan perkhidmatan keretapi laju di antara Kuala lumpur dan Singapura.

"Perkembangan ini amat membimbangkan kerana kerajaan gagal menunjukkan ia komited kepada persaingan sihat dan ketelusan bagi mencapai kualiti tertinggi pada kos terendah kepada kerajaan.

"Sekiranya kerajaan mahu menyerahkan UEM Group Bhd ia mestilah meminta bidaan dari semua pelabur bagi memastikan pendapatan tertinggi bagi aset yang dijual. Pada masa yang sama persoalan harus ditanya samada adalah Gamuda, MMC dan YTL sahaja yang layak melakasanakan projek MRT atau perkhidmatan keretapi laju di negara ini?," tanya beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Tambah beliau, Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk menekankan kepada "persaingan bagi mempromisi pasaran yang dinamik dan efisien".

Najib juga mengaku,"adalah penting memastikan ekonomi berada pada landasan yang betul" untuk menjamin persaingan sihat.

"Pemberian kontrak yang tidak telus memusnahkan semua janji manis yang dibuat oleh Perdana menteri mengenai prinsip ketelusan.

"Beliau mesti memasti dan menekankan pada pembentangan Belanjawan 2011 ahawa semua projek kerajaan samada besar atau kecil dan semua aset kerajaan yang diswastakan hendaklah ditender secara terbuka dan persaingan diwujudkan.

"Amalan pemberian kontrak secara terus akan hanya memanjangkan lagi lagi hayat budaya kronisme dan menghancurkan segala harapan kerajaan untuk melihat transformasi enomi berjaya melalaui MEB," tegas beliau lagi.

Tiada ulasan: