Selasa, 5 Oktober 2010

Terengganu Inc. gagal: 40 syarikat terus rugi

BULETIN ONLINE

KUALA TERENGGANU
– Syarikat pelaburan induk negeri, Terengganu Inc. Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) tidak berjaya membuat sebarang 'transformasi' yang bermakna kepada kira-kira 40 buah anak syarikatnya yang ‘bermasalah’.

Sehingga kini hampir setahun, ketika Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mustapha Ahmad Marican membuat kenyataan, anak-anak syarikat tersebut akan dipulihkan mulai tahun 2010 supaya mampu menyumbang keuntungan yang berlipat ganda.

Menurut sumber Buletinonline, majoriti daripada 40 syarikat tersebut masih mengalami kerugian diantara RM15 juta hingga RM35 juta setahun.

Malah, beberapa anak syarikat yang pernah di ungkapkan oleh Datuk Mustapha sebagai "sudah 20 tahun beroperasi tetapi masih belum mencatat keuntungan", terus dilanda kerugian.

Paling membimbangkan, kata sumber tersebut, terdapat beberapa anak syarikat itu yang tidak berupaya melakukan apa-apa urusan perniagaan dan ada antaranya yang tidak mempunyai tunai yang cukup untuk membayar gaji kakitangannnya.

Sejak beberapa bulan yang lalu, tidak ada langkah-langkah drastik perniagaan yang dapat dilakukan bagi memulihkan anak-anak syarikat tersebut, kecuali beberapa pembelian saham dan pengambil alihan yang dilihat sebagai tindakan berstrategi untuk menyelamatkan daripada terus 'merudum'.

Terengganu Inc, dilaporkan telah membeli semula saham-saham anak-anak syarikatnya sendiri dari pasaran terbuka, dilihat antara langkah menyelamatkan anak-anak syarikat berkenaan.

Antaranya, Terengganu Inc. dalam bulan Ogos dan September, 2010 baru-baru ini telah membeli semula saham anak syarikatnya Golden Pharos berhad

Tiada ulasan: