Sabtu, 16 Oktober 2010

Petani Kampung Panagatan Ulu kini boleh tanam padi dua kali setahun

KENINGAU KINI

KENINGAU: “Terima kasih kerajaan,” itulah luahan ikhlas daripada golongan petani di Kampung Panagatan Ulu berhubung dengan pemasangan enjin penyedut air ampangan sawah di situ.

“Kini petani boleh mengusahakan penanaman padi dua kali setahun,” jelas Pengerusi JKKK Kg. Panagatan Ulu, Mohd Khairil Abdullah, 42.

Sejak lebih tiga tahun yang lalu seramai 100 orang petani di kampung itu, mengeluh ekoran aliran air ke sawah mereka tidak static.

“Tahun ini petani mula berpesta air,” tambah Khairil.

Ekoran daripada rungutan petani, kerajaan telah memasang sebuah mesin pengepam berkuasa tinggi dan kini mulai beroperasi.

Sambil berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), Khairil menjelaskan, pemasangan mesin itu memberi kemudahan kepada ratusan petani yang bersawah di kawasan Blok Kedua.

Blok Kedua adalah kawasan pertanian sawah yang berada di bahagian seberang Sungai Panagatan Ulu, yang sukar dibekalkan air pada sebelum ini.

Tinjauan akhbar ini pada Ahad, mendapati rata-rata petani mula bersaing untuk membersihkan sawah, sementara mereka yang terdahulu mulai menanam.

Blok Kedua penanaman padi Kg. Panagatan Ulu mampu menghasilkan ratusan ribu tan padi, yang digunakan sepenuhnya sebagai bekalan persendirian.

Khairil berkata, padi yang dihasilkan melalui ‘penanaman kedua’ akan dipasarkan untuk keperluan domestik.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini pasti menggembirakan petani Kampung tersebut yang kini boleh menanam padi dua kali setahun. ini membolehkan mereka memperoleh hasil yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Tanpa Nama berkata...

pemasangan enjin penyedut air dikawasan sawah memudahkan petani untuk mendapatkan melakukan penanaman padi. ia juga dpt meningkatkan hasil pertanian mereka. ini bukti keprihatinan kerajaan terhadap para petani di negara kita.

Logop berkata...

Satu berita yang baik untuk petani kampung Panagatan. Diharapkan kerajaan akan membuat lagi byk usaha untuk menolong rakyat.

jsiput berkata...

Terima kasih kerajaan kerana mengambil perhatian terhadap masalah golongan petani di kampung penagatan ulu. Dengan bantuan kerajaan, mereka kini boleh tanam padi dua kali setahun.

Unknown berkata...

Bantuan yang kecil ternyata mampu mengubah nasib rakyat. Luaskan lagi bantuan2 seperti ini di kawasan2 yang bermasalah dan saya pasti BN akan terus maju jaya.

Unknown berkata...

dapatlah Sabah mencapai self sufficiency 60%.

Unknown berkata...

bukti kerajaan prihatin kepada nasib rakyat Sabah dengan peruntukan enjit penyedut air. cuma maintenance kenalah dilakukan selalu dan jangan sekadar melepaskan batuk ditangga supaya penanaman 2 x setahun dapat dilakukan secara berterusan.

Unknown berkata...

jika pengeluaran beras dalam negara dapat ditingkatkan, sekurang-kurangnya kita tidak perlulah terlalu bergantung kepada beras import. saya dengar-dengar beras yang kita makan sekarang dari Thailand tu adalah beras kelas 3...lebih baik kita keluarkan beras varieti tempatan sendiri yang kelas 1...

maya berkata...

Terima kasih kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan permasalahan rakyat. Dengan adanya enjin penyedut air ampangan sawah tersebut aktiviti penanaman padi akan lebih aktif dilakukan.

maya berkata...

pemasangan enjin penyedut air ampangan sawah di kampung Panagatan akan dapat memberi manfaat khususnya kepada para petani. Target penanaman tanaman padi untuk dua kali setahun pasti mampu dilakukan.

evan medhousky berkata...

bila kerajaan bagi bantuan/sumbangan, jarang sekali dihebohkan. tapi bila ada yang tidak kena, pasti cepat mendapat perhatian media.. ini salah satu bantuan kerajaan yang membuktikan bahawa kerajaan tidak mengabaikan penduduk luar bandar.

evan medhousky berkata...

bantuan kerajaan ini patut dihargai dan saya harap kerajaan akan terus menyalurkan bantuan ke mana2 kawasan yang sangat memerlukan. tahniah dan teruskan berkhidmat untuk rakyat..

Anak Sabah berkata...

Baguslah kalau begitu. Petani boleh mendapatkan untung 2 ganda setiap tahun dan negara kita tidak akan kekurangan bekalan beras selepas ini.

Anak Sabah berkata...

Lagi bagus jika kerajaan negeri membantu petani negeri kita dalam penanaman tebu dan kilang memproses gula. Tak perlulah takut kekurangan bekalan gula.

Unknown berkata...

Rakyat akan sentiasa berterima kasih kepada yang menolong dengan ikhlas..

Unknown berkata...

Betul tu Jonny. Selalu saja negara kekurangan gula, kenapa tidak bantuan diberikan untuk memperusahakan gula pula?

Paquin berkata...

Bagus la tu.. Berita ni suatu yang pasti mengembirakan para penduduk.

Paquin berkata...

Bantuan kerajaan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin :)

Paquin berkata...

Jonny & Alexandra maybe coming soon.. hihihi