Sabtu, 23 Oktober 2010

Namewee promosi album terbaru di Pulau Pinang

Susan Loone

Rapper kontroversi dan pembuat filem Namewee mempromosi album terbarunya 'Ho Ho Yeh' (sangat, sangat baik) di hadapan ratusan pengunjung kelab malam Screwball di Pulau Pinang malam tadi.

Persembahan Namewee (nama sebenarnya Wee Meng Chee) selama 45 minit malam tadi berjalan lancar walaupun ada antara penonton yang menjeritkan kata-kata lucah.

Dengan mengenakan T-shirt hitam dengan logi "No to racism", Namewee menyampaikan lima lagu dalam Kantonis, Mandarin dan bahasa Melayu.

Dia juga mengajak penonton naik ke pentas untuk bertukar "kata-kata kesat", sambil berkata mereka boleh memanggilnya "babi", jika mereka mahu.

Pemuda berbakat itu kemudian berkongsi dengan mereka lagu terbarunya 'No more Vulgar', yang telah dimuat-naik dalam Youtube semalam.

"Saya hanya mahu orang ramai membebaskan minda mereka," kata Namewee dalam wawancara selama 10 minit di belakang pentas, sambil meminta wartawan mendengar lirik lagu terbarunya, yang menurutnya didedikasikan untuk "pelindung moral".

Dia juga meminta orang ramai memahami mesejnya yang mahukan mereka "menjadi diri mereka sendiri" dan bercakap benar.

"Saya hanya ingin orang ramai membebaskan fikiran mereka," katanya ketika ditanya mengenai mesej lagunya yang mungkin dianggap kontroversi.

Ditanya perasaannya apabila ada pengkritiknya menggelarnya "babi",
Namewee menjawab: "Saya tidak merasakan apa-apa, saya rasa itu tidak apa-apa untuk orang Cina".

Ini adalah kunjungan kedua Namewee ke Pulau Pinang - yang pertamanya ke sebuah kolej untuk melancarkan penjelajahannya, diikuti dengan program yang sama di Dewan Perhimpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur.

Perancangan untuk Namewee mengadakan persembahan yang sama Kolej New Era di Kajang pada bulan September, dibatalkan kerana bimbang diganggu.

Sebelum ini, NGO yang memperjuangkan hak Melayu - PERKASA - mengadakan demonstrasi dalam bulan yang sama dan membakar poster Namewee, sambil menggelarnya sebagai seorang pengkhianat dan babi.

PERKASA juga telah mengisytiharkan perang terhadap Namewee di mana ketua wiranya, Arman Adha Abu Hanifah berkata, anggotanya sedia menjadi panglima perang dan hulubalang Melayu, dan akan mengekori Namewee di semua penjelajahannya nanti.

Tiada ulasan: