Jumaat, 22 Oktober 2010

Kerajaan tetap beli tren elektrik walaupun SPRM sedang siasat kerugian RM500 juta

WarkahDaily

Alangkah pelik, pembelian 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dengan harga RM1.8 bilion tetap diteruskan jugak walaupun pembelian itu dalam penyiasatan SPRM kerana berlaku perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kata, pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Semata-mata surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan kepada pihak pembekal, kerajaan telah mengenepikan dakwaan penyelewengan yang mengakibat kerugian dan sedang disiasat oleh SPRM.

Kebiasaan kalau SPRM dah siasat, pembelian kenalah tangguh atau diberhentikan bagi membantu perjalanan penyiasatan oleh pihak berkuasa.

Dibimbangi disebalik meneruskan pembelian tren berkenaan walaupun ianya dalam siasatan SPRM, ada campurtangan pihak atasan yang mempunyai keuntungan di sebalik tender pembelian tren elektrik berkenaan.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, alasan meneruskan pembelian tren berkenaan kerana surat tawaran sudah dikeluarkan amatlah memalukan.

Tiada ulasan: