Jumaat, 15 Oktober 2010

Kehilangan lebih 80,000 penduduk K'gau jadi tandatanya: Peribumi

KENINGAU KINI

KENINGAU: Kehilangan lebih 80,000 penduduk Keningau melalui bancian terkini, menjadi tandatanya Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi).“Ke mana pergi penduduk ini,” soal kelab itu dalam satu kenyataan.

Banci penduduk pada sebelum ini menunjukkan penduduk daerah Keningau mencapai 196,000 orang, tetapi bancian terbaru mencatatkan penduduk terkini daerah ini hanya seramai 112,000, iaitu 104,000 penduduk sedia ada dan tambahan penduduk kira-kira 8,000 orang.

Peribumi yang mendakwa memperolehi statistik itu daripada sumber rapat kerajaan memberitahu, hanya kira-kira 8,000 tambahan penduduk terbaru daerah Keningau dalam tempoh 10 tahun.

Banci penduduk di daerah ini berakhir pada pertengahan September yang lalu.

“Statistik ini tidak meyakinkan,” jelas Peribumi.

Kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu memberitahu, fakta terbaru yang direkodkan itu tidak boleh diterima, dan menekankan operasi bancian yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan sekurang-kurangnya 90 pekerja kontrak tidak menepati sasaran.

“Kerja membanci tidak dilakukan dengan telus,” tambah Peribumi dan menambah, masih ramai penduduk yang mendakwa tidak pernah didatangi oleh pekerja pembanci.

Peribumi mahu supaya bancian semula diadakan dengan menggunapakai pekerja kontrak yang sedia ada, dengan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerajaan telah membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk tujuan terbabit, namun tidak mencapai sasaran kemungkinan terdapat pekerja kontrak tidak menjalankan tugas dengan betul.

Sementara itu, Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno, ketika dihubungi, bersetuju supaya pembancian semula diadakan dalam usaha menjejaki seramai lebih 80,000 penduduk yang didakwa tidak dapat dikesan melalui kerja-kerja pembancian yang diadakan baru-baru ini.

“Mereka ini harus dikesan,” katanya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini msti berlaku ketidaktelusan semasa bancian dilakukan, nampaknya bancian semula perlu dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

jumlah tersebut memang menimbulkan tanda tanya..apa pun harap usaha mendapatkan jumlah atau maklumat yang lebih tepat dapat dilakukan.

Hosie Masie berkata...

80000orang itu jumlah yang ramai. Kenapa boleh berlaku pengurangan bancian sedemikian. harap penyiasatan dilakukan dan cari dimana kesilapan dalam hal ini.

Logop berkata...

Aiks, ke mana pula hilangnya 80,000 penduduk tersebut.

Logop berkata...

Ini mesti kerana membuat kesilapan semasa bancian dilakukan. Siasatan harus dibuat untuk mengesan jumlah besar itu.

Unknown berkata...

Beberapa faktor mungkin terjadi; ketidaktelusan petugas pembanci, orang ramai tidak memberikan maklumat yang betul, dan penghijrahan ke tempat lain. Namun jumlah tersebut tidak logik, jadi pembancian harus dijalakan semula.

Unknown berkata...

Jika benar orang ramai tidak menerima kunjungan pembanci, inisiatif lain seperti bantuan telekomunikasi dan media massa seperti radio dan suratkhabar harus dibuka kepada rakyat untuk menerima feedback mereka. Saya rasa langkah ini sesuai dalam membantu para pembanci.

Antanum berkata...

Satu tanda tanya yang semestinya inginkan jawapan waras dari pihak bertanggungjawb.. Adakah ini berkaitan dengan PTI??

evan medhousky berkata...

80 ribu satu jumlah yang besar. bagaimana pekerja pembanci boleh terlepas pandang dengan jumlah penduduk yang begitu besar? diharapkan bancian kedua dapat berjalan dengan lancar, cekap dan mampu mendapatkan maklumat yang tepat.

Hosie Masie berkata...

Kajian semula harus dilakukan kenapa sebilangan penduduk keningau begitu berkurangan.

Unknown berkata...

80,000 tu jumlah yang terlalu ramai. ada kemungkinankah mereka tu PTI? boleh jadi banci penduduk yang dijalankan tidak dibuat dengan baik

Unknown berkata...

para pembanci ni pun bukannya betul sangat. entah-entah ada yang tidak melaksanakan tugas dengan amanah?

Unknown berkata...

perkara seperti ini harus disiasat kerana ia melibatkan 'penduduk' yang hilang...ada kemungkinan angka tersebut adalah tidak betul? sebarang kesilapan tidak boleh berlaku semasa proses banci? bagaimana jika mereka ini pti?

Unknown berkata...

saya rasa perkara ini perlu disiasat dengan teliti sebelum sebarang spekulasi tidak baik tentang perlaksanaan banci dihebahkan.

Unknown berkata...

80 000 jumlah yang sangat besar. pasti ada kesilapan teknikal.

Sanih Alias berkata...

Adakah pembanci tidak menjalankan tugas atau ada sebaliknya yang berlaku. kita harapkan cari dimana kesilapan dalam hal ini. Jumlah 80000 orang itu jumlah yang agak besar.

Mahsiran berkata...

80000 orang hilang entah dimana selepas pembancian dibuat. Mungkin ada kesilapan teknikal dalam hal ini. Apa pun sila pastikan jawapan untuk kekurang jumlah sebanyak ini. Pejabat perangkaan harus meneliti dengan berhati-hati berhubungan penggiraan penduduk.

evan medhousky berkata...

tugas banci pendudukan bukan satu tugas yang mudah. kerajaan perlu mempertanggungjawabkan tugas itu kepada individu yang benar2 mampu melakukannya.

Anak Sabah berkata...

Ada sesuatu yang tidak mengena dengan perkara ini. Bagaimana penduduk sebanyak 80,000 orang boleh hilang? Diharapkan penyiasatan dibuat mengenai hal ini.

Paquin berkata...

aiks, kenapa ka tak dapat dikesan???

Paquin berkata...

Mungkin ada baiknya jika bancian dibuat semula... Macam tak logik pula hal ni boleh berlaku.

Paquin berkata...

Setuju Nurul. Kalau 8 orang boleh lagi diterima.. tapi ni... huhuhu

Paquin berkata...

Harap hal ni dapat disiasat dan diperjelaskan supaya kekeliruan yang timbul boleh dileraikan.

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik dan dalam kadar segera demi kepentingan semua pihak.