Isnin, 18 Oktober 2010

BN mungkin kekal calon dari keturunan Cina, kata PBS

BERNAMA

PENAMPANG — Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini berkata Barisan Nasional (BN) besar kemungkinan akan mengekalkan calon keturunan Cina untuk bertanding bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata penyandang kerusi tersebut mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan seorang keturunan Cina dan calon yang mereka cadangkan semestinya dari kaum itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PBS di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, Pairin berkata setakat ini 10 calon telah disenaraikan.

Bagaimanapun, katanya, senarai tersebut akan disenarai pendekkan sebelum mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, dijangka mempengerusikan mesyuarat bersama parti komponen BN esok bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Edmund Chong dari BN akibat kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Okt lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 4 Nov ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata walaupun PBS mencadangkan nama calon namum pemilihan muktamad calon terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

“Perlu ada persetujuan bersama selepas mendengar pandangan semua parti komponen BN,” katanya.

Diminta mengulas langkah Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan Rakyat masing-masing mengemukakan calon, Pairin berkata ia terpulang kepada parti pembangkang itu tetapi BN akan memastikan rakyat akan memberikan kemenangan dengan majoriti lebih besar kepada calon BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Edmund Chong, yang juga bendahari agung PBS, menang kerusi Parlimen tersebut dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi

Menjawab kepada satu soalan, Pairin berkata nama calon yang dicadangkan oleh parti itu adalah dari kawasan Batu Sapi dan Sandakan termasuk ahli keluarga mendiang.

18 ulasan:

zam berkata...

tidak kira mana-mana calon pun, yang penting adalah calon tersebut perlu berjiwa rakyat dan bersedia menjalankan tanggungjawab dengan baik.

evan medhousky berkata...

BN mempunyai kelebihan yang turut sama disokong oleh penganalisa2 politik Sabah. walau bagaimanapun, BN jangan terlalu yakin kerana dalam politik apa2 sahaja boleh berlaku. jadikan PRK Sibu sebagai pengajaran untuk lebih berhati2 dan jangan ulangi kekalahan yang sama.

evan medhousky berkata...

lebih baik jika PBS membuat tinjauan di kawasan Batu Sapi untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang apa sebenarnya menjadi pertimbangan penduduk di kawasan berkenaan untuk membuat pemilihan dalam PRK akan datang.

maya berkata...

Siapa pun calon yang bakal di pilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tidak akan menjadi masalah asalkan calon tersebut mendapat sokongan rakyat.

madd berkata...

pastikan calon tersebut disukai oleh rakyat. selain itu calon yang akan bertanding juga perlulah berjiwa rakyat dan mampu membela nasib penduduk di sana.

Unknown berkata...

Tidak kira apa pun bangsa calon, yang penting calon disukai orang ramai.

Unknown berkata...

BN, pastikan pilih yang terbaik. Bukan saja dari segi bangsa, malah dari segi kepimpinan juga.

Sanih Alias berkata...

Siapa pun calon BN tetap akan mendapat sokongan. Kita tunggu siapakah calon yang dicadangkan oleh PBS untuk mempertahankan Batu Sapi.

Tanpa Nama berkata...

tak kisah calon keturunan apa sekalipun, yng penting ia diterima rkyat dan berjiwa rakyat.

Anak Sabah berkata...

Sebenarnya tiada perbezaan calon yang dipilih berketurunan Cina, Melayu ataupun Kadazan. Asalkan berkemampuan. Setiap parti perlu menghantar calon yang terbaik untuk bertanding.

Anak Sabah berkata...

Selamat berjuang, semoga calon yang terbaik akan menang.

Tanpa Nama berkata...

semoga calon yg dipilih benar2 sesuai dgn kehendak rakyat

Brendan berkata...

Yup..veryX100 agree if a Chinese become the candidates..definitely going to win the seat...but ambil la local Chinese, urang2 sana jg...whats the point of electing a candidates from another part of Sabah? Jgn jadi mcm PKR...

nurfatihah berkata...

Kita tunggu saja keputusan Ahad ini. It could be anybody.

mike berkata...

terpulang kepada Bn untuk menentukan calon mereka pada PRK batu sapi..

mike berkata...

yang penting calon tersebut diterima oleh pengundi2 di batu sapi..

mike berkata...

“Perlu ada persetujuan bersama selepas mendengar pandangan semua parti komponen BN,” katanya.

memang penting keputusan itu atas dasar persetujuan dan persefahaman pati2 komponen BN..tidak seperti PR di mana PKR dan PAS saling bercakaran untuk menjadi calon PR dalam PRK batu sapi.

Leo berkata...

Pilihlah yang terbaik dan bukan berdasarkan bangsa. Pengundi bukannya mengundi berdasarkan bangsa tetapi pretasinya.