Sabtu, 6 Mac 2010

Syor pejabat Tabung Haji

BERITA HARIAN ONLINE


KOTA BHARU: Kerajaan sedang menimbang untuk membuka pejabat Tabung Haji di beberapa negara asing sebagai pejabat khidmat perunding berkaitan urusan haji dalam usaha membantu memudahkan umat Islam negara berkenaan menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata banyak negara asing menunjukkan minat selepas melihat kejayaan negara menguruskan jemaah haji, sehingga ada yang menjemput Malaysia membentang kertas kerja serta memberikan pandangan lain berkaitan urusan haji.

"Kita bukan setakat bercadang memberi khidmat perundingan, malah sedang menimbang mewujudkan pejabat Tabung Haji di negara yang berminat memudahkan rakyat mereka mengerjakan haji termasuk Bosnia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia," katanya selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-26, di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, semalam.

Tiada ulasan: