Isnin, 15 Mac 2010

Selangor rumus program bantu guru

SELANGOR KINI


mb

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang pelbagai usaha bagi meringankan bebanan guru sekolah sekaligus mendorong peningkatan kualiti pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aspek pendidikan penting bagi memastikan sesebuah negeri mahupun negara mencapai kemajuan yang diharapkan atau sebaliknya.

Beliau berkata aspek pendidikan penting bagi memastikan sesebuah negeri mahupun negara mencapai kemajuan yang diharapkan atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pakatan Mesra di Perangsang Templer Golf Club baru-baru ini,

“Saya sedang memikirkan rancangan bagaimana kita dapat bekerjasama dengan seluruh guru-guru sekolah yang mengajar di Selangor, bagaimana kita boleh menolong mereka, meringankan beban mereka oleh kerana tugas yang dilakukan dan bagaimana usaha supaya bersama-sama kerana pelaburan kita dalam pendidikan adalah sangat besar,” kata Abdul Khalid.

Beliau juga menegaskan gandingan pemimpin Pakatan Rakyat telah membawa satu pembaharuan kepada rakyat termasuk di Selangor.

Berbeza dengan Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, Selangor adalah negeri yang kerusi Dewan Undangan Negerinya paling banyak dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

“Gandingan antara saudara Anwar, saudara Azmin gandingan dengan presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah dan saudara Syed Husin Ali telah memberikan pemikiran-pemikiran baru,” jelas beliau.

Abdul Khalid berkata, dengan gandingan pimpinan Pakatan Rakyat membawa pembaharuan kepada rakyat dalam bentuk fizikal dan bukannya sekadar omong kosong.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ADUN Taman Medan Haniza Talha, ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail dan isteri Menteri Besar Puan Sri Salbiah Tunut.

Tiada ulasan: