|
Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berbangkit lagi kerana isu di Perak telah pun selesai.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk membangunkan ekonomi dan rakyat kerana itu yang ditunggu oleh mereka.
"...yang penting bukan membentuk kerajaan sahaja, yang penting ialah apa kerajaan hendak buat untuk rakyat. Rakyat sekarang menunggu," ujarnya apabila diminta mengulas mengenai khabar angin berkaitan pilihan raya negeri Perak.
Pada 9 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan pelantikan beliau oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah mengikut Perlembagaan.
Muhyiddin sementara itu berkata laporan yang diterima menunjukkan
Pendekatan 3P iaitu padang, perasaan dan penyelesaian yang diperkenalkan kerajaan negeri Perak telah membawa hasil kerana sememangnya rakyat sentiasa memerlukan perkhidmatan seperti itu, katanya.
Katanya, kemampuan Zambry memimpin negeri walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran getir adalah memuaskan.
"Nampak dia (Zambry) sabar di samping faham apa tanggungjawab dia walaupun dalam keadaan mencabar, dia tetap menjalankan tugas dan saya percaya rakyat Perak tahu menilai...dengan keadaan yang sudah stabil sekarang ini, saya kira dia boleh melakukan banyak lagi kerja untuk membantu rakyat," tambahnya.
Selain Zambry, turut hadir menyertai perhimpunan kira-kira 5,000 penyokong BN itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin parti komponen BN Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan