Jumaat, 12 Mac 2010

MCA Tidak Hormat Najib

Oleh IZMAS

KRISIS dalaman yang melanda MCA tidak akan selesai dengan pemilihan baru yang bakal diadakan 28 Mac ini. Kumpulan yang menang cuma ada waktu setahun untuk memegang kuasa sebelum diadakan satu lagi pemilihann resmi parti pada 2011.

Kemenangan salah satu kumpulan tidak bertahan lama kerana banyak perkara boleh berlaku dalam tempuh sengkat itu. Kumpulan yang kalah boleh melakukan apa saja perancangan termasuk tidak mahu berkerjasama dengan barisan kepimpinan yang baru dilantik atas alasan tidak puas hati atas kekalahan kumpulan mereka.

Dalam masa lebih kurang setahun itu mereka boleh melakukan apa saja dan akan terus menimbulkan kekacauan dan kekecuhan untuk menganggu perjalanan parti seperti yang berlaku sekarang sehingga pemilihan baru pada 2011.

Pemerhati politik berpandapat, pemilihan kali ini boleh dielakkan jika kumpulan yang bertelagah sanggup bekerjasama dan mengambil sikap bertolak ansur demi parti. Mereka sepatutnya bersabar menunggu setahun lagi sebelum pemilihan resmi parti diadakan. Namun, akibat tiada sikap toleran dan masing-masing mahu mempertahan kepentingan diri dan jawatan, mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi tuntutan kumpulannya.

Episod ini dikatakan paling kritikal dan paling parah sejak parti itu ditubuhkan 61 tahun lalu. Ianya sudah memeningkan kepala PM Najib sekaligus bermaksud pemimpin MCA tidak berniat ikhlas menyelesaikan kemelut dalaman parti mereka. Pemimpin yang bertelagah masih mendahulukan kepentingan diri untuk merebut kuasa melebihi dari keperluan kepada mempertahan kelangsungan perjuangan parti.

Senario ini memberi mesej pemimpin MCA tidak memperdulikan nasihat PM Najib dan timbalannya supaya berlaku jujur dan ikhlas segera menyelesaikan krisis kepimpinan parti demi kepentingan BN dan pengundi kaum Cina.

Kumpulan Chua Soi Lek yang sebelum ini diketahui bermusuh dengan kem Liow Tiong Lai kini dikatakan berganding bahu menentang kumpulan Presiden, Ong Tee Keat yang disifatkan sudah hilang sokongan akibat perletakan jawatan 9 lagi ahli anggota Jawatan Kuasa Pusat (CC) yang mendesak segera diadakan pemilihan baru. Kumpulan ini berserta Soi Lek sebelum ini bersekutu dengan Presiden menentang kumpulan 13 Tiong Lai.

Namun, apabila kapal Presiden sudah kelihatan hampir karam, Soi Lek dan 9 rakan-rakannya dalam CC itu terjun kapal menyeberang menaiki kapal Tiong Lai yang kononnya di war-warkan berhasrat besar memulih dan menyelamatkan parti. Ketua Pemuda MCA, Dr Ka Siong – yang sedang menghadapi kes mahkamah dalam skandal PKPFZ - dikatakan ditawarakan jawatan menteri jika kumpulan itu menang dalam pemilihan 28 Mac ini.

Soalnya, adakah mereka yakin ahli MCA akan memberi kemenangan mudah kepada kumpulan mereka sedangkan situasi sebenar tidak diketahui dan belum berlaku? Bagaimana kalau kumpulan mereka tewas dan ahli memberi kemenangan kepada kumpulan presiden? Adakah mereka akan menerima keputusan itu dengan lapang dada? Atau mereka nanti enggan menerima dengan mengambil sikap menentaang dan berkonperantasi seperti yang ditunjukkan sekarang?

Dan sekiranya kumpulan presiden tewas, tiada jaminan bahawa mereka boleh berdiam diri dan menerima kekalahan dengan fikiran terbuka. Mereka mungkin menjalankan berbagai usaha dan perancangan lain untuk kembali bertanding dalam pemilihan resmi sebenar parti pada 2011 yang boleh menyukarkan pentadbiran barisan kepimpinan parti.

Mereka boleh membuat keputusan tidak mahu bekerjasama sepenuhnya dengan pucuk pimpinan sehingga pemilihan 2011 untuk menunjukkan rasa tidak puashati dan protes kerana kekalahan kumpulan mereka. Semua itu boleh berlaku jika masing-masing pemimpin masih terus tamak kuasa; mendahulukan kepentingan diri mengatasi keperluan perjuangan parti.

Jika episod ini terus berlanjutan sehingga 2011 tanpa penyelesaian konkrit, PM Najib harus bimbang kerana nasihatnya supaya MCA - parti komponen kedua terbesar BN itu dipulihkan dan kuat – bakal pudar dan pengundi kaum Cina mempunyai pilihan parti lain selain MCA dari Pakatan yang boleh mencuri perhatian mereka sekaligus membela nasib dan kepentingan mereka.

Ada teori liar mendedahkan pemimpin MCA tidak mengendahkan nasib parti mereka – walaupun sudah dinasihati Najib dan Muhyiddin – kerana majoriti pengundi Cina dikatakan tidak akan mengundi mereka lagi dalam pilihan raya akan datang. Mereka seolah-olah sudah membuat keputusan akan menyokong parti lain dalam Pakatan seperti DAP dan PKR juga PAS kecuali Pakatan sendiri terus dilanda masalah dan berpecah sebelum pilihan raya ke 13 nanti!

Tiada ulasan: