Isnin, 15 Mac 2010

Ahli Parlimen Bebas, Belajarlah Daripada Ibrahim.

Oleh laniisma


Juga hendak menunjukkan mereka berfungsi setelah menjadi bebas. Permainan yang biasa digunakan, biasalah orang yang hendak memujuk dan menunjukkan mereka masih ada harga diri, kalau tidak mengemukakan usul nanti apa kata orang. Apapun bahaskan usul mereka.

"Ahli-ahli Parlimen Bebas begitu aktif di Dewan Rakyat. Nampaknya ahli-ahli Parlimen Bebas yang menjadi bebas setelah mengkhianati perjuangan mengemukakan usul antara paling banyak di Dewan Rakyat pada hari ini.

Adakah mereka benar-benar ingin memperjuangkan permasalahan rakyat atau menampakkan mereka benar-benar berguna kepada rakyat, setelah mereka sendiri merasakan mereka menjadi tak berguna. Setelah itu biarlah rakyat nampak mereka sedikit berguna.

Jadi lain-lain ahli parlimen jangan ‘jelous’ sangat. Berilah peluang kepada mereka sementara mereka masih jadi ahli Parlimen. Selepas ini mereka akan meletakkan diri mereka bersama barangan antik, atau ada mana-mana parti yang ingin mencalon mereka dengan kehebatan kewibawaan mereka. Adakah juga mereka boleh memenangi pilihanraya dengan tiket bebas.

Sementara menanti sisa-sisa yang masih ada eloklah gunakan sebaiknya. Belajarlah dari Ibrahim Ali mengambil kesempatan, nanti kempunan pula dan tak sempat menceritakan kepada anak cucu kehebatan mereka sebagai ahli Parlimen.

Tiada ulasan: