Khamis, 24 September 2009

Ops Sikap ke-20 gagal

KENYATAAN MEDIA


Setiausaha Publisiti bagi Parti Tindakan Demokratik Selangor, Tiew Way Keng hari ini mengesa agar Ong Tee Keat supaya janganlah hanya tumpukan perhatian atas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Parti MCA sahaja sehinggalah abaikan tanggungjawabnya sebagai Menteri bagi Kementerian Pengangkutan Malaysia!

Tiew merujuk kepada statistik Ops Sikap ke-20 yang dilaporkan semalam, terdapat peningkatan sebanyak 17.5% kemalangan jalan raya jika dibandingkan dengan tahun lalu, iaitu sebanyak 1,1097 kes kemalangan. Bagi kadar kematian kemalangan jalan raya pula tercatat seramai 156 orang!

Tiew berkata, Ong Tee Keat (gambar kiri) sangat terkenal sejak kebelakangan ini dengan pertikaian dalaman partinya sendiri. Akan tetapi, Ong tidak mengadakan sebarang polisi baru untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya ini.

Ong sepatutnya sedar, warga Malaysia sememangnya menanti-nantikan Hari Raya ini kerana bagi muslimin dan muslimat, ini merupakan perayaan yang amat penting manakala bagi yang lain, masa ini adalah masa yang terbaik untuk diluangkan bersama-sama dengan keluarga mereka. Kebanyakan warga Malaysia akan balik ke kampung masing-masing sempena musim perayaan ini untuk menziarahi ibu bapa, saudara mara yang lama tidak berjumpa.

Jikalau dengan peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang begitu drastik, maka ini akan menjadi suatu faktor kepada rakyat Malaysia untuk tidak balik ke kampung sempena musim perayaan. Ada antara mereka juga bimbang semasa mereka memandu di jalan raya kerana bah pepatah, "Malang tidak berbau". Bagi ibu bapa yang berada di kampung masing-masing pula, merekalah yang sentiasa berdoa agar anak-anak atau cucu mereka pulang dengan selamat.

Oleh yang demikian, Tiew menyeru agar Ong memandang serius terhadap Ops Sikap Ke-20 ini. Jikalau Ong terlalu sibuk dengan urusan atau pertikaian dalaman partinya sendiri, beliau haruslah meletak jawatan serta merta supaya memberi peluang kepada calon yang lebih sesuai untuk menyandang jawatan yang sebegitu penting agar rakyat tidak perlu risau sempena musim perayaan!

*Kenyataan media oleh Tiew Way Keng, selaku Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik Selangor.

Tiada ulasan: