Jumaat, 25 September 2009

Ops Sikap: 18 lagi kematian pada hari ke-12

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kematian direkodkan pada hari ke-12 Ops Sikap ke20 semalam, di mana 11 daripada yang terkorban itu merupakan pengguna motosikal.

Statistik terbaru itu menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 13 Sept lepas kepada 210 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata selain pengguna motosikal, lima kematian yang dicatatkan melibatkan pengguna kereta dan masing-masing satu melibatkan pengguna basikal dan pejalan kaki.

Daripada jumlah 1,140 kemalangan semalam, jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 440 kes, diikuti jalan persekutuan (344 kes), jalan negeri (206 kes), lebuh raya (96 kes) dan jalanjalan lain (54 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 11,182 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik, katanya.

Ops Sikap ke-20 yang akan berjalan sehingga Ahad ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Tiada ulasan: