Isnin, 10 Ogos 2009

"Struktur semula Perlembagaan UMNO"

SINAR HARIAN ONLINE


JOHOR BAHRU - Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin meminta supaya Perlembagaan UMNO distrukturkan semula, terutama yang berkaitan politik wang bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya akan datang.

:Beliau berkata, amalan politik wang yang berleluasa dalam parti itu perlu diberi tumpuan utama dan perlu dibersihkan.

“Sudah sampai masanya kita meminda perlembagaan terutamanya yang berkaitan politik wang dalam UMNO, jika tidak UMNO akan kalah dalam pilihan raya,” katanya ketika mer:asmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, semalam.

:Mohd Khaled berkata, tiga langkah perlu diambil parti itu jika ingin terus maju dan menjadi parti pilihan rakyat negara ini iaitu UMNO perlu bergerak atas landasan yang betul dan perjuangannya mestilah relevan terhadap keperluan negara dan rakyat.

Beliau berkata, pejuang UMNO mesti berasaskan etika dan prinsip serta tidak melakukan perkara yang tidak boleh diterima rakyat.

”Pemimpin UMNO mestilah bertenaga, sihat selain mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menggerakkan UMNO lebih-lebih lagi pada ketika negara semakin maju. Mereka ini juga mestilah boleh berkomunikasi, berhujah dan mempunyai daya juang yang tinggi sebagai pemimpin,” katanya.

Mohd Khaled berkata, setiap UMNO bahagian perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha merapatkan hubungan dengan penduduk supaya ia tidak mendatangkan masalah kemudian hari seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Pulau Pinang akhir-akhir ini.

Tiada ulasan: