Khamis, 27 Ogos 2009

Selangor edar topeng percuma

MYMETRO


SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mengedarkan topeng secara percuma kepada orang ramai di negeri ini dalam masa terdekat bagi mengekang wabak Influenza A H1N1 yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, berkata kerajaan negeri setuju untuk memberi topeng penutup mulut percuma dan ia akan disalurkan melalui pejabat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di seluruh Selangor.

“Topeng ini akan diberi dalam masa terdekat dan ia dijangka mengambil masa seminggu untuk kita menyerahkan kepada orang ramai.

“Kerajaan memang prihatin dalam perkara ini terutama selepas angka kematian akibat H1N1 semakin meningkat,” katanya di sini, semalam.

Tiada ulasan: