Isnin, 13 Julai 2009

Khir Toyo diarah keluar Dewan

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo memilih keluar dewan daripada menarik balik tuduhan `bias' kepada Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dalam sesi sidang Dewan Negeri.

Sidang Dewan Negeri pagi ini menyaksikan pertikaman lidah di antara Khir dengan Chang Khim apabila Khir tidak setuju dengan penjelasan Chang Khim berkenaan peraturan Dewan yang tidak membenarkan surat saman disampaikan di perkarangan Dewan.

Sebelum itu, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim memaklumkan, beliau telah didatangi wakil peguam kepada Khir Toyo untuk menyerahkan surat saman di perkarangan Dewan pada hari Jumaat lalu.

Berhubung kenyataan tersebut, Khir mengakui wakil peguam itu hadir untuk menyerahkan surat saman di perkarangan Dewan.

Sehubungan itu, Chang Khim menjelaskan mengikut amalan Dewan sebarang tindakan tidak boleh digunakan bererti sesiapa sahaja yang menyerahkan surat saman tidak boleh dilakukan di perkarangan Dewan. Ini dianggap menghina Dewan.

Beliau berkata, hukuman boleh dikenakan kepada mana-mana Ahli Dewan.

"Saya berharap Sungai Panjang (Khir Toyo) jangan ulangi perkara tersebut dan saya ingatkan peguam Sungai Panjang supaya jangan buat perkata itu lagi," kata Chang Khim. - mns_

Tiada ulasan: