Sabtu, 19 Mei 2018

NGO harap Perdana Menteri tunai janji

ASLANI M

 
 
KOTA BHARU: Royalti (R) Kelantan mengucapkan terima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu.
 
Presiden R, Nazri Deraman berkata, bagi memahami isu tuntutan royalti khususnya Kelantan, terdapat 3 perkara yang perlu diberikan perhatian.
 
Katanya, Perjanjian Kelantan - Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 & Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyatakan Kelantan akan mendapat 5 % dari jumlah pengeluaran minyak.
 
Kata beliau bayaran tunai hendaklah dibayar kepada Perbendaharaan Negeri dengan kekerapan bayaran 2 kali setahun.
 
"Manifesto Pakatan Harapan (PH) menjanjikan Kelantan akan menerima bayaran royalti 20% dari jumlah pengeluaran jika sekiranya PH berjaya mentadbir Malaysia.
 
Tunggakan bayaran royalti yang bermula semenjak pengeluaran pertama petroleum di telaga minyak milik Kelantan. Jumlah yg dianggarkan tertunggak sehingga kini adalah RM12- RM14 billion.
 
"Jumlah sebenar akan ditentukan berdasarkan maklumat dari Petronas dan Jabatan Kastam. Jumlah tersebut akan disahkan oleh pakar-pakar yg akan dilantik kemudian," katanya di sini.
 
Bagaimana pun katanya, R menunggu pembentukan kabinet PH masih belum mencecah 100 hari.
 
Menurutnya juga, Kelantan dan Terengganu tidak diperintah PH di peringkat Dun, menyebabkan rakyat tertanya tanya adakah PH akan mengotakan janjinya.
 
"Kami berdoa agar segala urusan negara dipermudahkan oleh Allah swt termasuk urusan pembayaran royalti kepada yang berhak.

"Terima kasih PM dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan yang tidak pernah jemu dan tidak pernah gentar memperjuangkan hak mereka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: