Ahad, 15 Mei 2016

Pas Sungai Besar sudah serah senarai calon

Sallehen Mukhyi


SUNGAI BESAR - Pas Kawasan Sungai Besar telah menghantar lebih daripada tiga senarai nama calon kepada Majlis Syura Ulama parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun depan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Sallehen Mukhyi berkata, daripada senarai itu, Majlis Syura Ulama akan meluluskan senarai terbabit sebelum menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

“Saya difahamkan ada lebih tiga nama telah dihatar ke Pas Pusat, namun saya tak pasti siapa yang dicalonkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut’]

“Sekarang ini, di peringkat Jawatankuasa Pas Pusat akan bermesyuarat untuk memilih daripada senarai calon yang telah pun diluluskan dari Majlis Syura untuk dipilih siapa yang akan menjadi calon Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Sallahen yang juga Adun Sabak mengingatkan pengundi di Parlimen Sungai Besar supaya mengundi Pas dalam PRK bagi menunjukkan kesungguhan mereka menentang perlaksaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kita nak PRK Sungai Besar sebagai satu tanda referendum rakyat kepada kerajaan Persekutuan terhadap beberapa cukai yang membebankan rakyat.

“Jadikan PRK Sungai Besar ini satu perkara yang kerajaan mesti semak semula selepas rakyat tidak lagi memberi sokongan kepada BN,” katanya.

Beliau berkata, jika rakyat tidak menterjemahkan dalam PRK kali ini, dibimbangi kerajaan Persekutuan terus berada dalam keadaan selesa, manakala rakyat terus dihimpit dengan pelbagai tekanan kos sara hidup.

“Kalaulah PRK Sungai Besar ini dimenangi BN, kenyataan pertama yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat sudah boleh menerima GST.

“Sebab itu, kita minta rakyat yang bijak memilih jadikan PRK ini satu protes kepada kerajaaan sedia ada. Walaupun Umno sekali pun.. kita mesti sama-sama tunjukkan kesungguhan untuk menentang hal ini,” katanya.


Tiada ulasan: