Selasa, 26 Januari 2016

'Tok guru pesan terus istiqamah bersama Hadi'

Ahmad Dusuki Abd Rani
Ahmad Dusuki Abd Rani


SHAH ALAM - Ada tiga pesanan yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada saya, kata pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ahmad Dusuki merupakan anak saudara kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz berkata tiga pesanan itu ialah perlu istiqamah dalam perjuangan bersama Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, perjuagan dalam bermasyarakat dan dalam merapatkan ikatan kekeluargaan.

"Pertama beliau (Tok Guru) suruh istiqamah dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang, maknanya perjuangan ini jangan sesekali jauh dengan Abdul Hadi kerana diakhir-akhirnya Nik Abdul Aziz ada menyebut Hadi Awang antara ALLAH beri kelebihannya yang tersendiri, iaitu sehingga dua kali bermimpi bertemu Rasulullah, oleh itu jangan lari daripada perjuangan walaupun berbagai ujian yang menimpa sekalipun jangan tinggalkan Hadi," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Katanya lagi, sementara perjuangan dalam masyarakat pula Nik Abdul Aziz memesan agar saya menyempurnakan pembinaan beberapa buah sekolah tahfiz, dan masjid untuk kegunaan masyarakat setempat.

"Sementara dalam mengeratkan ikatan kekeluargaan pula Tok Guru memesan agar menjaga ikatan kekeluargaan dan berpesan agar tidak berpecah belah," katanya.


1 ulasan:

77777 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.