Rabu, 13 Januari 2016

Tiga anggota polis, satu orang awam ditahan menculik

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KOTA KINABALU: Tiga anggota polis dan seorang orang awam ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penculikan bersenjata terhadap seorang wanita Filipina di Lahad Datu semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, tiga anggota berkenaan, dua berpangkat koperal dan seorang berpangkat konstabel dan orang awam terbabit didakwa melakukan penculikan tersebut di rumah mangsa di Kampung Silam, Lahad Datu pada 6 Januari lalu.
 
Selain penculikan jelasnya, mangsa yang berusia 45 tahun turut diugut bunuh jika gagal membayar wang tebusan sebanyak RM50,000.
 
"Mangsa menghubungi keluarganya dan menyerahkan wang tebusan kepada suspek pada malam kejadian. Kita menubuhkan pasukan untuk menangani kes ini. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kita telah menahan empat suspek semalam di sekitar Lahad Datu.
 
"Tiga daripadanya anggota polis dan seorang lagi merupakan orang awam. Ekoran tangkapan tersebut, kita merampas dua laras senjata api HKMP5 dan selaras M16 milik polis, sebuah pacuan empat roda Ford Ranger, sebuah Perodua Viva, pakaian-pakaian suspek, wang tunai RM8,100 dan empat unit telefon bimbit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan.
 
 

Tiada ulasan: