Jumaat, 1 Januari 2016

Reaksi netizen terhadap syarat Datuk Vida taja TRW

 
Dua syarat itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).


vida


PETALING JAYA: Dua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mula mendapat perhatian meluas di laman sosial Facebook.

Dua syarat itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Bagaimanapun, sama ada dua syarat Datuk Hasmiza atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida itu dipersetujui kedua-dua pihak atau tidak, belum diketahui lagi.

Para netizen, khususnya penyokong pasukan The Red Warrior (TRW) menerusi komen laman Facebook, mengutarakan pelbagai reaksi bercampur.

“Aku suka syarat Datuk Vida..tajaan bukan-bukan sikit-sikit beb. Free lak tu, takkan meminta je. Jadi ikut la syarat Datuk Vida itu.. sumber duit pun daripada produk dia. Jadi korang (mereka) kena bantu naik kan produk dia tu ok,” tulis Ezlin Itin di Facebook.

“Terbaik Datuk. Color is not important (warna bukan keutamaan). Yang penting ialah suntikan semangat baru kepada TRW. Abaikan je pink itu. Bukan baju pemain ditukar tetapi stadium je. Tabik Datuk,” tulis Ery Maarof di Facebook.

“Aku suka dengan Datuk ini. Dia antara usahawan Melayu yang aku salute. Semalam lihat Hlive Datuk sangat memotivasikan. Teringin nak jadi macam itu. InsyaAllah aminn. Usaha tangga kejayaan,” tulis Hazrin Mahadi di Facebook.

Sebelum ini Datuk Vida menyatakan bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 dengan bersyarat.

“Soal tajaan, saya tidak kisah… Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat.

“Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Tiada ulasan: