KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk meneruskan aktiviti
harian mereka walaupun timbul dakwaan beberapa lokasi di ibu negara
menjadi 'sasaran' kumpulan pengganas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa memberi jaminan bahawa
keselamatan orang ramai dan pelancong di ibu negara berada dalam keadaan
terkawal.
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa lokasi 'hotspot' pelancong antara
sasaran kumpulan pengganas, Tajudin berkata:
"Kami tidak pasti dimana Datuk Seri Adnan mendapat maklumat tersebut
tetapi sepanjang pengetahun kami, kawalan keselamatan di semua tempat
awam dipertingkatkan.
Malah beliau berkata pihaknya dalam keadaan bersiap sedia untuk
memantau aktiviti yang mencurigakan bagi memastikan keselamatan rakyat
terjamin.
Terdahulu, Tengku Adnan dilaporkan berkata kawasan tumpuan pelancong
seperti Bangsar, Publika dan Bukit Bintang antara lokasi yang dikenal
pasti sebagai sasaran kumpulan pengganas.
Katanya, pihak berkuasa menyedari ancaman tersebut dan berada dalam
kesiapsiagaan tertinggi untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Adnan berkata agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Wilayah
Persekutuan diarah meningkatkan kawalan keselamatan di tempat tumpuan
awam dan pelancong di Wilayah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan