Oleh FARUSH KHAN
KALAU pembaca budiman masih ingat, ramai yang anggap tahun 2014 sebagai “Tahun Bersusah Hati” atau “Tahun Naik Harga”.Tahun itu, tidak lama selepas PRU13 diadakan, ramai orang terpinga-pinga mendapati harga minyak RON95 naik, kemudian harga gula pula naik.
Akibat daripada itu, seperti biasa, pelbagai harga barang, makanan dan kos perkhidmatan naik tanpa mampu dikawal.
Tambang
bas, sewa bas sekolah, sewa teksi, harga ayam dan ikan, teh tarik,
roti canai, dan harga macam-macam lagi barang dan bayaran perkhidmatan,
naik.
Saya tidak tahulah apa pula gelaran paling sesuai untuk
tahun 2015 ini, yang hanya tinggal tiga hari lagi, tetapi saya pasti
ramai setuju kalau saya kata 2015 adalah antara “Tahun Yang Paling
Teruk”.
Kadar tarif elektrik naik, tambang transit aliran ringan (LRT) naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, , dan kadar tol di 15 lebuh raya di seluruh negara, juga dinaikkan.
Kerajaan memperkenalkan GST pada 1 April lalu dalam keadaan banyak pihak sedang mengeluh dan menentangnya.
Bagi pihak kerajaan, kutipan GST adalah sesuatu yang sangat perlu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan kerana pendapatan negara semakin kurang berikutan penurunan harga barang-barang komoditi.
Apa lagi dengan kadar ringgit yang turun paling rendah pada bulan Mac lalu pertama kali dalam tempoh 17 tahun.
Sebanyak 30 peratus eksport minyak dan gas kita dan nilainya pun turut turun antara 55 dan 60 peratus sejak Mei 2015.
Semua ini memberi bebanan hebat kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa menanggung kos hidup yang makin meningkat.
Pertengahan bulan ini, akhbar cakna Sinar Harian menyiarkan laporan mengenai keluhan rakyat yang rasa semakin terbeban, terutama yang berpendapatan rendah.
Mereka meminta kerajaan menangani dengan bijak masalah kos sara hidup yang semakin meningkat yang memberi kesan kepada kepada kehidupan mereka, terutama yang berpendapatan rendah.
Memang tidak dapat dinafikan 2015 adalah antara tahun yang paling mencabar kepada kerajaan dan rakyat akibat kenaikan harga barang dan kadar perkhidmatan serta penurunan harga komoditi.
Tambah mencabar apabila negara menarik perhatian dunia dengan pemimpin utama sendiri berhadapan dengan cabaran besar, iaitu terpaksa menolak dakwaan demi dakwaan yang berkaitan dengan pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tanda-tanya.
Cabaran dihadapi negara berlarutan hingga, pada 28 Julai 2015, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet.
Turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Akibat bebanan kos hidup yang semakin berat, menurut pakar ekonomi, 80 peratus daripada gaji diperoleh individu setiap bulan terpaksa digunakan untuk bayar hutang.
Bayangkan bagaimana hendak menanggung perbelanjaan hidup harian dengan baki 20 peratus, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, apatah lagi yang tinggal dan bekerja di bandar.
Memandangkan kita hanya ada tiga hari lagi sebelum tabir tahun 2015 dilabuhkan, mungkin ramai dalam kalangan kita mahu memasang azam baharu.
Seperti biasa, terlaksana atau belum azam tahun-tahun yang silam tidak kira. Yang pasti setiap hujung tahun, ramai cenderong untuk memasang azam baharu.
Saya percaya dengan harga rokok melambung lagi, ramai tentu janji mahu berhenti merokok, ada yang membuat jadual untuk bawa anak isteri melancong, ada berazam mahu tingkatkan prestasi kerja, ada yang mahu buang tabiat panas baran, sombong, dengki dan sebar keaiban orang.
Tentu juga ada yang bisik kepada diri sendiri berulang kali mahu jaga solat lima waktu, sementara ada yang berdoa mahu menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ada yang mungkin sudah bertaubat tidak mahu lagi bawa balik duit haram, ada yang mahu berhenti ponteng kerja, ada yang berjanji mahu bayar hutang lama dan macam-macam azam lagi.
Berapa ramai pula pemimpin berazam mahu berkhidmat dengan jujur dan tepati janji kepada rakyat?
Berapa ramai YB berazam mahu turun padang membantu rakyat seperti dijanjikan sebelum menang pilihan raya? Entahlah.
Kita tunggu dan lihat pula apa pula yang akan datang pada 2016.
Kerajaan menjangkakan pada 2016, negara mendapat RM36 bilion daripada GST, belum masuk kutipan melalui lain-lain cukai, denda dan lain-lain hasil.
Bayangkan kalau duit sebanyak itu digunakan dengan penuh berhemah, berhati-hati tanpa membiarkan sebarang ketirisan atau penyelewengan berlaku!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan