Madiha Abdullah, Astro Awani
KUALA LUMPUR:
Bermacam-macam pendapat diutarakan netizen susulan kenyataan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah
Zainuddin, yang mencadangkan pengasingan troli di pusat beli-belah untuk
produk halal dan tidak halal.
Di laman sosial, rata-rata berpendapat hal sedemikian tidak perlu memandangkan ia bukan satu keperluan.
Ini berdasarkan fakta bahawa agama Islam bukan sebuah agama yang menyusahkan.
Pengasingan troli disifatkan sebagai bukan penyelesaian dalam menentukan tahap 'kebersihan' troli yang digunakan. Sebaliknya, ramai berpendapat adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.
Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, juga berkongsi pandangan yang sama. Dalam penjelasannya kepada The Malay Mail, produk tidak halal kebiasaannya dijual di dalam bekas dan tidak bersentuhan secara langsung dengan troli.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Datuk Hamzah berkata undang-undang
pengasingan troli itu masih di peringkat perbincangan dan kajian
menyeluruh perlu dilakukan memandangkan ia memerlukan peruntukan kos
yang tinggi.
Di laman sosial, rata-rata berpendapat hal sedemikian tidak perlu memandangkan ia bukan satu keperluan.
Ini berdasarkan fakta bahawa agama Islam bukan sebuah agama yang menyusahkan.
Pengasingan troli disifatkan sebagai bukan penyelesaian dalam menentukan tahap 'kebersihan' troli yang digunakan. Sebaliknya, ramai berpendapat adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.
Troli halal?
Beli makanan kat supermarket berbungkus…kecoh.
Wang Ringgit tu nak samak ke sebelum pegang. You don’t know where it’s been
Troli asing utk org Islam? Kononya nk yg bersih, yg halal. Tp sampah buang merata2, sungai & alam sekitar dikotorkn. Kebersihan diabaikan.
Troli halal dan troli tidak halal. Lepas ni pulak check-out counter halal, check-out counter tidak halal.
Betullah, jika Muslim nak troli Halal maka Hindu juga berhak mahukan troli Halal mengikut interpretasi mereka. Maka, perlu diberikan juga.
Ok. Senario Troli Halal Haram:
Imagine arriving at a supermarket, look around 4 trolley & all the Halal ones have been taken
Nasrul Alam Ash'ari shared Hafidzi Mohd Noor's post.
Saya tidak setuju dengan troli halal dan haram di pasaraya.
Islam tidak menyulitkan manusia seperti ini. Kenapa dari rakyat ke menteri ada sikap tidak betul ini. Menyusahkan skop daawah Islam kepada masyarakat Malaysia.
Islam tidak menyulitkan manusia seperti ini. Kenapa dari rakyat ke menteri ada sikap tidak betul ini. Menyusahkan skop daawah Islam kepada masyarakat Malaysia.
Hafidzi Mohd Noor
Islam
tidak menyulitkan. Umat Islam/rakyat Malaysia kini global sifatnya dari
sudut fizikal dan mobiliti. Maka fiqhnya juga perlu alami dan waqii
untuk konsisten dan tsabat. Jika tidak maka proses engagement dan dakwah
sebagai natijahnya menjadi mencabar tidak bertempat
Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, juga berkongsi pandangan yang sama. Dalam penjelasannya kepada The Malay Mail, produk tidak halal kebiasaannya dijual di dalam bekas dan tidak bersentuhan secara langsung dengan troli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan