Sekarang adalah zaman kita
membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat ‘complain’
terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita
untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.
Jika kita tidak larat membeli
ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri
yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan
kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan
perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan
tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.
Dua hari yang lepas harga rokok
melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang
untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan
seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.
Masalahnya cukai dinaikkan kerana
kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak
pentadbiran
yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan
nampak satu
sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan
yang lain
ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan.
Jika
pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang
lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja.
Rakyat yang
membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat
cermat
dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.
Jadi apa bezanya rakyat dengan
kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja
ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan
rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan
rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.
Apabila ‘hamba abdi’ itu marah
pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang
betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput
mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan
mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan
selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai
yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.
Oleh kerana pemimpin kita tidak 'resourceful' rakyatlah yang terpaksa menjadi
rakyat yang ‘resourceful’ bagi membantu pemimpin terutamanya Perdana Menteri
yang sentiasa mengharapkan rakyat untuk menyelesaikan masalah negara
terutamanya untuk membayar hutang negara yang besar hasil dari keborosan
pimpinan negara kini.
Kita perlu ingat pucuk pimpinan
kita tidak pandai hidup bersederhana. Kita terpaksa mengabdikan diri kita untuk
membayar kos penyelenggaraan jet mewah kerajaan yang Najib gunakan yang menelan
belanja puluhan juta ringgit dalam masa kurang dari satu tahun sahaja. Perdana
Menteri tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan beliau dan isterinya. Kita disuruh nya makan kangkung sahaja.
Rakyat sebagai hamba abdinya
wajar bersedia untuk membayar lebih banyak cukai kerana pimpinan kita sangat
tinggi kos penyelenggaraan kehidupan mereka di Sri Perdana itu. Beliau yang
selalu bercakap isu wasatiyah tidak berbelanja secara wasatiyah yang di
sebutnya selalu. Kita hanya wajar melakukan apa yang beliau suruh tapi jangan
lakukan apa yang beliau sendiri lakukan.
Kita tidak boleh berbuat apa-apa
terhadap ‘si beruk dapat bunga’ atau si kudung dapat cincin’ itu. Tidak tahu
apa nasib kita di hari muka mendapat pimpinan yang sebegini.
1 ulasan:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih.
Catat Ulasan