SHAH ALAM: DAP perlu membuktikan dakwaan kononnya bekas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merestui pembentukan Pakatan
Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, tindakan DAP
yang menjaja nama bekas ketua pembangkang itu turut dilihat hanya mahu
menimbulkan provokasi.
"Cuma alasan-alasan yang mengatakan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR
dan DAP dalam satu gabungan, dia (DAP) perlu buktikan perkara itu, kita
(PAS) tidak pula dengar perkara itu," katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas dakwaan bahawa Anwar menyokong PKR dan Amanah bekerjasama tanpa PAS walaupun berada dalam penjara.
Teo berkata, keyakinannya itu kerana PAS sudah pun memungkiri janji dan
membelakangkan polisi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dahulu.
Beliau mendakwa kononnya DAP tidak mahu mencampuri urusan masalah
dalaman PAS tetapi mendakwa PAS sendiri yang merosakkan hubungannya
dengan PKR dan DAP.
Bahkan Teo berkata, PH bukanlah tempat untuk pemimpin yang hipokrit.
Susulan kenyataan Teo yang dilihat ekstrem itu, Khairuddin meminta
supaya DAP tidak terlampau celupar dengan kenyataan yang tidak berasas
itu.
"Kalau DAP hendak main tuduh-menuduh, kita juga boleh mengatakan bahawa
DAP ada juga perkara yang dimungkiri, ada yang telah dimungkiri oleh
DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Tetapi kalau alasan itu hendak dijustifikasikan dan tendang PAS
keluar, kita tahu pendirian DAP daripada awal lagi daripada awal pun
memang tidak sukakan kita dan rakyat boleh menilai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairuddin juga turut meminta supaya DAP
berhenti menuduh mana-mana individu yang dilihat tidak menyebelahi
mereka.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan lima ADUN PKR yang
mengambil sikap berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan
pembangkang di DUN Pulau Pinang.
"Saya melihat DAP ini tidak mahu menyelesaikan masalah.
"Dia hendak memanjangkan cerita dan rakyat akan muak dengan tindakan
ini dan yang terbaru dalam ucapan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, tetapi
apa yang dilaporkan oleh media, seolah-olah apa yang dilaporkan kalau
tidak menyokong DAP itu sudah jadi Umno sudah..
"Lima ADUN PKR dan satu ADUN DAP tidak menyokong usul tersebut," kata Khairuddin.
Bahkan Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata, bukan sahaja PKR
terkena tempias DAP yang suka label-melabel, bahkan PAS yang sudah tidak
bersama parti itu juga mengalami nasib yang sama.
"Sebab itu saya kata DAP ini dia hendak main label-melabelkan orang
maknanya. Dia hendak semua orang supaya tunduk kepada dia sedangkan dia
mengakui dalam kerjasama tahalul siyasi dan kerjasama parti politik.
"Tidak sokong dia sahaja sudah label sebagai Umno, tidak boleh ditegur.
Kita yang di Selangor ini pun menyokong calon Senator DAP di Selangor,
PAS menyokong sepenuhnya 100 peratus kita sokong pun, kita dilabel
sebagai orang jahat," katanya lagi.
1 ulasan:
Terbaeklah.. kita tunggu perkembangan selanjutnya.. sekarang ni kalau x ikut cakap abang besar akan dianggap nak bergabung dgn umno.. hanya pan shj yg masih belum dianggap nak bergabung dgn umno lantaran masih setia bertugas sbg barua atau macai dap..
Catat Ulasan