UPSR Bocor
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengakui masih terdapat kelemahan dalam
prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam sehingga berlaku
insiden kebocoran soalan UPSR baru-baru ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
"Kita sudah kemaskini SOP peperiksaan dan yakin dengan SOP itu sepatutnya tidak berlaku kebocoran tetapi kejadian telah berlaku bermakna ada ruang lagi untuk diperbaiki.
"Di peringkat sekarang tidak dinafikan ada kelemahan dan kita akan pastikan insiden sama tidak berulang," katanya pada Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan daripada Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) apakah SOP yang ada tidak mampu menghalang kebocoran peperiksaan awam.
Menurut Idris, antara langkah drastik yang diambil ialah menubuhkan Jawatankuasa Panel Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan membuat rombakan terhadap pegawai-pegawai di kementeriannya.
Selain itu, kementerian juga telah memasang kamera litar tertutup di semua bilik kebal seluruh negara sebagai langkah pemantauan dan keselamatan bahan peperiksaan.
Susulan insiden yang memalukan itu, Kementerian Pendidikan memohon maaf kepada 473,175 calon UPSR, ibu bapa dan guru seluruh negara dan berjanji akan mendedahkan dalang yang menjadi punca kekalutan yang berlaku.
Dalam masa sama, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dalam soalannya meminta kerajaan mendedahkan setiap tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang bersalah dan percaya terdapat unsur rasuah dalam pembocoran kertas UPSR itu.
"Kita setuju insiden ini amat memalukan negara, proses siasatan sedang berjalan, malah SOP peperiksaan juga ditambah baik.
"Kita akan ambil tindakan pada pihak yang bertanggungjawab, kementerian tidak akan kompromi dengan mana-mana individu dan hasil laporan jawatankuasa panel bebas lapan anggota itu juga akan didedahkan kepada umum," kata Idris.
Dalam soalan tambahan juga, Lim Kit Siang (DAP- Gelang Patah) mahu penjelasan daripada menteri sama ada berlaku unsur sabotaj dalam sistem peperiksaan awam itu.
Idris menegaskan perkara itu tidak dapat dijelaskan secara terperinci memandangkan proses siasatan masih lagi berjalan.
Pada 30 September lalu murid tahun enam menduduki peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Manakala bagi kertas ujian Bahasa Tamil dan Matematik peperiksaan ulangan itu akan diadakan Khamis ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan