THE MALAYSIAN INSIDER
Putrajaya
bayar lebih RM490 juta kepada 930,000 isi rumah dalam bentuk BR1M, kata
Institut Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
Putrajaya
membayar lebih RM490 juta kepada 930,000 isi rumah tahun lalu dalam
bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Institut Rakyat.
Institut
yang diasaskan PKR itu membuat dakwaan itu berdasarkan angka yang
berbeza diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul
Wahid Omar semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa
mengumumkan peruntukan BR1M pada 2012.
"Sebelum ini,
kerajaan dengan bangganya mengumumkan BR1M diberi kepada isi rumah yang
berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mewakili 5.2 juta atau 80%
seluruh isi rumah di Malaysia pada 2012," kata pengarah eksekutifnya
Yin Shao Loong dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun,
Wahid berkata di Parlimen semalam, kira-kira satu pertiga atau 2 juta
isi rumah di Malaysia masih memperoleh RM3,000 ke bawah bersamaan 28.7%
daripada 7 juta isi rumah.
"Adakah 3.2 juta isi rumah itu tidak lagi memperoleh RM3,000 sebulan?
Adakah
ini kesan sementara suntikan BR1M atau kesalahan statistik serius
kerajaan?
"Persoalan ini penting kerana ia memberikan implikasi serius kepada
ketepatan dan akauntabiliti perbelanjaan kerajaan. Ia juga penting
terhadap saiz sebenar isi rumah berpendapatan rendah," katanya.
Yin
berkata, angka daripada Jabatan Perangkaan 2012 menunjukkan 38.5% isi
rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah sementara Unit
Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri mendedahkan 38.8% isi
rumah berpendapatan bawah RM3,000 pada tahun sama.
"Jika
statistik dari jabatan itu betul, ia mungkin bermaksud kerajaan
terlebih bayar BR1M kepada 930,000 isi rumah pada 2013, iaitu terlebih
belanja kira-kira RM490 juta," katanya.
Beliau
mempersoalkan sama ada amaun yang dibayar merupakan kesalahan statistik
atau cubaan sinis meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei
tahun lalu.
"Kerajaan memotong subsidi dan mengenakan
GST bagi meningkatkan pendapatan, tetapi jutaan atau bilion mungkin
dibelanjakan secara salah akibat salah perkiraan atau manipulasi
statistik.
"Kerajaan dan pejabat Audit Negara mesti
bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya yang turut menggesa Wahid
menjelaskan percanggahan dalam angka yang disebutkan dan 3.2 juta isi
rumah yang melepasi tahap gaji RM3,000 sebulan.
Najib
memperkenalkan BR1M pada 2012 dengan bayaran RM500 kepada isi rumah
berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Jumlah itu ditingkatkan kepada RM650
pada tahun ini dan dijangka akan dinaikkan lagi tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan