MSTAR ONLINE
Polis kini cuba menentukan sama ada Lin Kaijian, 20, jatuh disebabkan kemalangan atau bunuh diri dalam kejadian pukul 8 malam Khamis - kes kedua kematian mengejut yang berlaku di kondominium itu dalam tempoh dua bulan.
Kakak Lin, Rouwen, 29, berkata adiknya gemar berjoging naik-turun tangga yang besar dan tidak terhalang oleh cahaya matahari di kondominum itu.
"Dia tidak mempunyai sebarang hubungan yang tidak baik dan berjaya dalam pengajiannya. Dia mahu memohon untuk pinjaman pelajaran," katanya.
Dia menyifatkan adiknya itu sebagai seorang peminat muzik.
Lin juga tidak menunjukkan reaksi luar biasa atau susah hati kepadanya atau rakan-rakannya beberapa jam sebelum kematiannya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Nor Azman Muhammad Yusuf berkata mayat pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dalam kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Kami tidak menemui sebarang nota - hanya satu selipar, yang ditinggalkan di atas tangga tingkat 18.
"Kami sedang menyiasat jika ini adalah kemalangan atau kes bunuh diri," kata beliau sambil menambah tidak ada CCTV dipasang di kawasan itu.
Pada 9 April, Corson Lim , 21, juga seorang pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman jatuh dari tingkat 14 di blok kondominium yang sama.
Rakan-rakannya berkata dia dilihat tertekan selama beberapa hari sebelum kematiannya.
Polis mengkategorikan kes ini sebagai bunuh diri.
Mereka bergelut dengan masalah kehidupan dinasihatkan untuk menghubungi Befrienders di 04-281 5161 (Pulau Pinang), 05-547 7933 (Ipoh) atau 03-7956 8144 (Lembah Klang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan