Selasa, 1 Januari 2013

UBN Melengkapkan Serangan, Menjadikan Hadi Sasaran Akhir

MSO

Mulanya saya mengira UBN akan menyisihkan presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada diserang dalam usaha untuk mencari sokongan dan membina kekuatan parti itu. Umno akan kekal Hadi sebagai tidak berdosa bagi mengelirukan rakyat dan pihak Pakatan Rakyat. Tetapi ternyata anggapan saya itu meleset. Abdul Hadi tidak terlepas ikut sama memeriahkan dada-dada media massa PB dengan kecaman dan cercaan terhadapnya.

Abdul Hadi: Dituduh sesat.
Isu yang dimainkan untuk memburuk dan menghuduhkan Abdul Hadi ialah, isi ucapan beliau tahun 1981 yang disifatkan sebagai satu 'amanat' yang menyesatkan ummah.

Sebelum ini semua pemimpin ternama di dalam Pakatan Rakyat telah diserang dan digodam semahu-mahunya. Ia dimulai dengan Anwa Ibrahim yang dianggap sebagai kepala jahat dalam Pakatan Rakyat dan pengkhinant negara dan bangsa Melayu nombor satu oleh Umno. Semua bahasa huduh dan jahat dilemparkan ke atas Anwar. Anwar digambarkan manusian banjingan.

Tidak tertinggal satu kejahatan Anwar pun yang dialpkan. Semua diungkit dan dibangkitkan, dijual dan dijaja dari gedung hinggakan ke pasar malam politik. Dari isu-isu membabitkan negara sampailah ke isu peribadi yang mengaibkan. Sekiranya segala itu dijadikan prasyarat utama untuk seseorang menjadi perdana menteri, maka Anwarlah paling layak bahkan terlebih layak menjadi PM kerana beliau sudah sampai ke peringkat "Ulul Azmi."

Tiada ulasan: