Geram
gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk
Kampung Kesom Che Nordin, Manir, berhampiran Kuala Terengganu di sini,
beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang
yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan,
semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk
terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan,
tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta
motosikal mereka.
Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.
“Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan