MALAYSIA KINI
Parti
Gerakan hari ini memberi peringatan kepada kerajaan bahawa skim rebat
telefon pintar RM200 mungkin disalahguna penjual telefon bimbit dengan
memaksa pembeli melanggan perkhidmatan jalur lebar baru.
Dalam
satu kenyataan hari ini, timbalan setiausaha agung Pemuda Gerakan Hng
Chee Wey berkata penjual telefon mungkin mengambil kesempatan ke atas
skim tersebut untuk mendapatkan keuntungan mudah.
"Kebanyakan
anak muda ini sudahpun memilik pakej (jalur lebar) sendiri, jadi mereka
hanya inginkan telefon lebih baik tanpa syarat lain," katanya.
Beliau
mengulas rebat RM200 yang ditawarkan kerajaan untuk pembelian telefon
pintar oleh golongan mudah berusia antara 21 hingga 30 tahun dan
berpendapatan di bawah RM3,000.
Rebat itu hanya boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah.
Kerajaan
memberi alasan, had berkenaan perlu ditetapkan memandangkan skim
tersebut disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah.
Hng
berkata had berkenaan terlalu rendah dan kebanyakan model telefon dalam
kategori tersebut – seperti yang dikenalpasi oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia – tidak lagi dikeluarkan.
Katanyam SKMM sepatutnya menimbang semula beberapa syarat berkenaan.
Minggu
lalu, had harga tersebut mendapat kritikan meluas oleh pengguna
Internet, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun,
SKMM mempertahankan had berkenaan dan menegaskan bahawa golongan yang
mampu membeli telefon berharga RM500 ke atas tidak memerlukan rebat
tersebut.
Menteri bertanggungjawab ke atas SKMM Datuk Seri Rais
Yatim bagaimanapun berkata telefon dengan harga tinggi sedikit daripada
had berkenaan mungkin akan disertakan dalam pelan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan