Oleh: Mat Zain Mat Isa
Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara kelompok makhluk politik
paling jahat dan khianat dalam negara ini ialah para pemimpin dan
pendukung Umno Terengganu. Kejahatan, kezaliman, kedengkian dan
diskriminasi dilakukan mereka sangatlah memalukan.
Manakala pihak paling terkesan sebagai mangsa tindakan-tindakan tidak bertamadun itu tidak lain daripada pendukung parti lawan Umno. Siapa lagi kalau bukan para pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu?
Hampir
tiada aspek hidup seharian yang tidak dicampur-adukkan dengan sentimen
politik. Namakan apa saja – soal pengurusan masjid dan surau, bantuan
kebajikan, bantuan pelajaran, kemudahan awam dan lain-lain – segalanya
dipastikan tidak dimanfaatkan semudahnya oleh penyokong parti
pembangkang.
Ertinya,
segala aspek hidup rakyat Terengganu tidak lari dari merit politik.
Dalam hampir setiap keadaan, yang menguasai suasana dan memonopoli
manfaat-manfaat itu ialah “puak-puak Umno”.
Sebab
itu menurut rekod sejarah negara, Terengganu telah menyaksikan
ketegangan politik antara PAS dan Umno yang paling dahsyat. Suhu politik
negeri itu sentiasa panas, malah ada ketikanya ia sampai ke tahap
“mendidih”.
Di
atas telunjuk Umno, pihak polis sejak dulu seakan lebih berminat
mengawasi penceramah PAS berbanding penjenayah dalam masyarakat.
Buktinya, tembakan bom asap di majlis-majlis anjuran PAS adalah fenomena
biasa sejak zaman 60-an.
Sebelum
Umno terjumpa saluran memperalatkan pasukan polis, samseng-samseng
parti itu sendiri mengganggu majlis PAS dengan lontaran telur tembelang
dan lain-lain tindakan kacau-ganggu yang primitif.
Ada
kes di mana jambatan atau titi yang menjadi satu-satunya laluan
orang-orang PAS menyeberangi parit atau alur, lantainya (batang kelapa
yang direbahkan) dilumur minyak hitam. Ia bukan sahaja menyebabkannya
licin dan pejalan yang melaluinya mudah tergelincir, malah menyebabkan
pakaian kotor. Manakala pagar tempat tangan berpegang sepanjang titi itu
pula dilumur najis manusia.
Pemecatan
imam-bilal adalah satu lagi rekod kejahatan Umno Terengganu. Ia berlaku
sejak 80-an, sehingga menyaksikan tragedi sembahyang Jumaat dua imam di
atas satu masjid. Ada pun penafian hak-hak lain di dalam kehidupan
adalah sangat menyeluruh dihadapi para pendukung PAS negeri itu.
Itu
kes-kes era 80-an. Dengan perkembangan dunia yang semakin celik huruf,
dan celik maklumat, kita menyangka manusia bergelar Umno ini juga akan
semakin celik hati budi dan semakin bertamadun. Malangnya, itu tidak
berlaku di Terengganu. Itulah hakikatnya jika sejarah pemerintahannya
sepanjang 2004 hingga kini diambilkira.
Kerakusan
tanpa peri kemanusiaan dan keegoan bersangatan menyebabkan para
pemimpin Umno mabuk kuasa dan sewenangnya memperlakukan apa sahaja
mengikut kemahuan. Sehinggakan, segala yang diputus dan diambil
perjalanan pelaksanaannya oleh kerajaan PAS dipertikaikan. Bahkan, ada
keputusan dan anugerah dibatalkan sewenangnya, seolah-olah ia dilakukan
sebuah kerajaan yang tidak sah.
Salah
satu perkara paling disebut rakyat Terengganu ialah berkaitan anugerah
tanah. Seolah-olah sudah tidak ada tanah lain milik kerajaan yang masih
kosong, alih-alih tanah yang telah dibahagikan kerajaan PAS juga yang
mahu diusik Umno. Maka berlakulah perampasan tanpa berhati perut. Lesen
menduduki dibatalkan dan hak menyambungnya dinafikan. Beratus rumah
rakyat dan sebuah masjid tergamak dirobohkan Umno. Kerakusan itu
berlanjutan hingga kini.
Mengambilkira
segala kezaliman itu, tidak pelik jika ada suara dari kalangan
pendukung PAS untuk “membalas” tindakan jahat dan khianat Umno itu.
Antara yang paling ditekankan rakyat ialah penyelesaian soal perampasan
tanah. PAS Terengganu sendiri memandang serius hal itu dan meletakkannya
sebagai salah satu keutamaan di dalam manifestonya kali ini.
“Saya
cadangkan jika kita (PAS) memerintah semula (Terengganu), kerajana kita
ambil balik tanah-tanah lot yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat
Umno. Kita buat perumahan rakyat di atas tanah tu dan kita
bahagi-bahagikan kepada rakyat”, tegas seorang peserta Dialog Manifesto
PAS Terengganu PRU-13, di Besut baru-baru ini.
Beliau
dipercayai merujuk kepada kes empat wakil rakat BN di daerah itu yang
didedahkan mendapat lot 2.5 ekar setiap seorang. Bagi peserta itu, dan
lain-lain pendukung PAS, tindakan mengambil semula itu amat wajar.
Namun, lain pula pertimbangan pemimpin PAS negeri.
“Walau
pun dari segi moral dan imej politik, kita akan dianggap membela
rakyat, tetapi ia bukan mudah. Kita tidak akan rampas semula tanah yang
telah dibahagikan kepada mereka (wakil-wakil rakyat BN) itu. Bahkan,
dalam konteks yang kita bicarakan petang ini, manifesto tidak boleh
menggambarkan ada hasrat nak balas dendam atau nak buat khianat", jelas
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat.
Penegasan
beliau itu dianggap sikap dan pendirian rasmi PAS negeri berhubung hal
itu. Walau pun ia tidak disenangi penyokong PAS sendiri, mahu tidak mahu
itulah prinsip yang perlu diterimapakai buat masa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan