MALAYSIA KINI
Walaupun
Deepavali tinggal lagi dua minggu, kira-kira 40 peniaga kecil hari ini
berhimpun di Putrajaya bagi menarik perhatian perdana menteri supaya
campur tangan dalam isu pemindahan bazar mereka sempena perayaan cahaya
itu.Di bawah matahari terik, mereka menaikkan pelbagai kain rentang dan melaungkan pelbagai slogan yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan memindahkan bazar mereka di Jalan Tun Sambathan ke Jalan Berhala.
Mereka mendakwa tindakan itu menjejaskan mata pencarian mereka.
"Tinggal dua minggu lagi sebelum bazar habis. Perniagaan di kawasan baru sangat teruk.
"Saya tidak akan dapat balik pelaburan saya jika mereka tidak benarkan kali kembali (ke tempat asal)," kata seorang peniaga pakaian yang kecewa Joseph Nathan.
Perhimpunan itu dianjurkan ekoran perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didakwa gagal menerbitkan keputusan yang memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan