[Dikemaskini] KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi parlimen Bandar Tun Razak kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan komitmen yang
ditunjukkan Khalid selain disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak
pernah menyalahgunakan kuasa walaupun pernah menguruskan jumlah wang
yang besar dan memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
"Saya mahu mengumumkan bagi pihak Pakatan Rakyat bahawa saya ingin
mencalonkan Tan Sri Khalid sebagai calon parlimen kawasan Bandar Tun
Razak," kata beliau dihadapan hadirin pagi tadi.
Bagaimana pun Anwar tidak menyebut sebarang perkara berkaitan kedudukan
Khalid sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.
Pertelingkahan dalaman antara penyokong Timbalan Presiden PKR Azmin Ali
dan "orang kanan" Khalid sebelum ini tercetus apabila masing-masing
didakwa cuba merebut jawatan Menteri Besar Selangor.
Campurtangan turut melibatkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar,
Faekah Husin yang turut mengkritik Azmin bersabit cadangan meletakkan
Khalid sebagai menteri persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat menang pada
PRU13 nanti.
Bercakap kepada pemberita, Khalid mencadangkan agar PKR mengikut jejak
langkah DAP yang berhasrat menggunakan pendekatan "seorang wakil rakyat,
satu kerusi", kecuali keadaan-keadaan tertentu.
"Karpal Singh membuat pengecualian kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,
jadi saya percaya tindakan PKR (untuk tidak membenarkan wakil bertanding
di dua kerusi), untuk mengekalkan kestabilan, akan membuat keputusan
mengenai halatuju ini.
"Tapi ini hanya sekadar spekulasi. Tunggu pengumuman," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan