Jangan
hantar kaset, hantarlah penceramah yang berkemampuan untuk melawan
ceramah Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin
Ayub.
Sambil menyelar tindakan Umno Barisan Nasional (BN) yang memasang
kaset melalui pembesar suara untuk mengganggu ceramahnya semalam,
beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan betapa betapa terdesaknya
Umno untuk menentang kebangkitan dan kesedaran rakyat di Johor.
“Umno
dah ‘desperate’ sangat dah. Nak datang ceramah sendiri tak berani
berhadapan dengan rakyat, mereka pasang kaset kuat-kuat mengganggu
ceramah kita,” katanya.
Dalam
ceramah di Seri Alam dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang sempena musim
Aidil Adha itu, Umno menggunakan taktik terbaru mereka untuk
mengganggu ceramah PR.
Menurut
laporan, taktik memasang kaset ceramah mereka untuk mengganggu ceramah
PR itu telah beberapa kali digunakan oleh Umno sebelum ini di
beberapa tempat di seluruh negara.
“Lebih
buruk lagi kaset yang dipasang untuk mengganggu ceramah kita itu ialah
ceramah yang mengapi-apikan perkauman yang nampak benar untuk
memecahbelahkan rakyat yang datang mendengar ceramah kita itu.
“Tetapi mereka bukan sahaja gagal malah menambahkan lagi kebencian rakyat kepada mereka,” kata Salahuddin.
“Tetapi mereka bukan sahaja gagal malah menambahkan lagi kebencian rakyat kepada mereka,” kata Salahuddin.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.
“Melayu dan Cina sama banyak dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.
“Umno tentulah sangat sakit hati kerana mereka berharap orang-orang Melayu tidak datang ke ceramah kita.
“Maklumlah, undi Melayu adalah harapan utama mereka,” katanya.
Oleh
kerana Umno terlalu mengharapkan undi Melayu untuk mengekalkan
kuasanya, Salahuddin memberitahu, pihaknya menyusun lebih banyak lagi
gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu.
“Bukan sahaja di Johor yang kini menjadi inspirasi kebangkitan rakyat di seluruh negara, malah gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu kita perhebatkan di seluruh negara.
“Bukan sahaja di Johor yang kini menjadi inspirasi kebangkitan rakyat di seluruh negara, malah gerak kerja untuk mendapatkan sebanyak-banyak undi Melayu kita perhebatkan di seluruh negara.
“Berita
buruk untuk Umno ialah kita terus melipatgandakan usaha kita walaupun
di negeri-negeri yang menjadi kubu tradisi kita bagi undi Melayu
seperti Kelantan dan Kedah,” kata Salahuddin.
PAS tidak pernah berehat untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu kuasa Umno BN ditamatkan, tegas beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan