Harakahdaily, |
GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membatalkan tempahan dewan untuk program konfrens fiqh politik yang bersifat non-partisan anjuran NGO Murshid yang dijadualkan Sabtu ini.
Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.
Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).
Selain mereka, turut membentang kertas kerja di konfren ini adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman (UIAM), Dr Marslee Malek (UIAM), Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Fauwaz Fadzil, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ia sepatutnya berjalan di Auditorium Utama, UIAM mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam 15 September ini.
Pembatalan tempahan yang telah dibuat sejak dua bulan lalu itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan UIAM kepada pihak penganjur jam 9 malam tadi.
Dengan pembatalan ini bermakna satu tempat baru tempaksa dicari untuk melaksanakan program ini kerana ia telah mendapat kira-kira 800 penyertaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan