Khamis, 27 September 2012

Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan

 
Steven Gan


 
EKSKLUSIF "Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

NONEEmpat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.

14 ulasan:

Unknown berkata...

Hubungan antara Mahathir dan Soros ni pastinya sedikit sebanyak akan membawa kesan kepada negara.

Hosie Masie berkata...

Inilah juga sebab kenapa berlakunya dana daripada Soros kepada Parti Pembangkang.

Hosie Masie berkata...

Apa pun harap siasatan akan dibuat dengan lebih terperinci mengenai isu Soros memberikan dana kepada pihak tertentu untuk mengulingkan kerajaan BN.

mantera berkata...

jgn kita biarkan soros campur hal negara kita.

Unknown berkata...

Tidak salah jika ianya demi keamanan sejagat.

Unknown berkata...

Tidak sangka pula akhirnya Soros memuji langkah yang diambil oleh Mahathir semasa krisis ekonomi dulu.

Mumbai berkata...

kebijaksanaan Tun M berjaya menyelamatkan negara ini dari pengaruh2 soros di negara ini.. sehingga hari ini, malaysia terus aman dan mekmur..

Mumbai berkata...

Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.

Pada 27 Jun tahun lalu, ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, Ambiga diasak tentang persoalan dana asing, akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).

Mumbai berkata...

Satu lagi fakta menarik yang didedahkan Ambiga tentang BERSIH adalah kakitangannya yang mengerakkan perhimpunan itu terancang dan berbayar.

Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain..

Mumbai berkata...

jika kakitangan Empower dibayar kerana kerja-kerja kesukarelawanannya, adakah Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan semua jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga turut dibayar??

jelas sekali, perhimpunan bersih yang dianjurkan ambiga bersama2 dengan pakatan sebenarnya turut didalangi oleh orang luar..

Mumbai berkata...

""Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan""

rekod Anwar yang sentiasa mengikut jalur kumpulan Zionis antarabangsa dan neocon seperti pernah dilantik sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa’(IMF) pada 1998 dan direkrut sebagai ‘pensyarah di SAIS, Universiti John Hopkins’ yang merupakan sarang kumpulan Zionist/neocon serta dilantik sebagai perunding Bank Dunia mengesahkan lagi Anwar adalah alat naungan Zionis.

Mumbai berkata...

gerombolan jalanan, iaitu BERSIH yang dijadikan oleh Anwar sebagai proksi yang kini dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah mendapat latihan, sokongan dan bantuan kewangan daripada NDI, yang merupakan salah satu cabang dibiayai NED..

sebarang penerimaan dana atau bantuan dari Soros dilihat mencabar kedaulatan negara kerana penyangak mata wang Yahudi itu pernah menyebabkan krisis mata wang di Malaysia pada tahun 1997/1998.

Tanpa Nama berkata...

Keamanan perlu tanggungjawab bersama bukan perseorangan atau sesetengah pihak saja

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mahathir minta bantuan Soros tapi Anwar minta dana Soros melalui NED