SHAH ALAM, : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2013 mampu memberikan lebihan kewangan sebanyak RM 930 sebulan kepada sebuah keluarga sekiranya ianya dilaksanakan dengan berhemah.
Perkiraan ini dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan belanjawan satu keluarga yang mempunyai lima orang ahli dimana suami bekerja sebagai seorang guru dan tinggal di Lembah Klang.
Unjuran itu merujuk kepada penjimatan daripada penurunan harga kereta, bahan api petrol serta penghapusan tol berjumlah RM 120, yang akan dilaksanakan Pakatan sekirannya memerintah negara.
Disamping pengecualian pembayaran semula PTPTN sebanyak RM 200, perlaksanaan pembayaran elaun kepada guru sebanyak RM500 seperti yang disebut dalam Buku Jingga mampu meningkatkan pendapatan keluarga tersebut.
Di bawah Pakatan, Kerajaan Pusat juga akan melaksanakan skim Caruman Wanita Nasional yang akan memberikan RM 50 sebulan kepada suri rumah.
Di anggarkan penjimatan sebanyak RM 60 untuk keluarga tersebut dapat dihasilkan melalui penggurangan harga makanan dan barangan sebanyak 5 peratus.
Unjuran tersebut dibuat berdasarkan status kewangan sebuah keluarga yang mempunyai sebuah kereta dan sebuah rumah berharga RM250,000 kebawah sebagai aset.
Keluarga tersebut juga masih membuat pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) dan pulang ke kampung di Alor Setar setiap tahun.
Belanjawan yang bertemakan “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” dilancarkan hari ini oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan