Jumaat, 28 September 2012

Saya tak main-main - Adnan Yaakob

MALAYSIA CHRONICLE


KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara‘ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.

‘‘Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.-Utusan

Tiada ulasan: