Elemen roh dan alam barzakh yang dipaparkan dalam bentuk jenaka menerusi filem komedi terbaru Hantu Kapcai
tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.Pengarah dan penulis
skripnya Ghaz Abu Bakar berkata, sebagai seorang muslim, dia masih peka
dan menyedari batas-batas dan kesucian agama Islam dan sama sekali
tidak bermaksud untuk mempermainkan perkara itu.
“Saya muslim yang masih
lagi peka dan tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam.
Tiada langsung berniat untuk mempersendakan atau mempermainkan agama
saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan.
“Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam Hantu Kapcai adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak).
“Ia bukan
tafsiran atau gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau
apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton untuk membuat
tafsiran masing-masing,” katanya.
Ghaz
berkata, dia juga tidak berhasrat untuk mengundang sebarang kontroversi
atau pertikaian dengan memaparkan elemen sensasi atau sensitif dalam
karya arahannya.
“Saya
tidak mahu mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan
orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak
disengajakan.
“Terus-terang,
pendekatan yang saya gunakan dalam filem ini adalah cara saya
menyampaikan mesej positif dan berdakwah kepada penonton sasaran iaitu
remaja dan peminat motosikal.
“Saya
tidak mahu mesej disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan
tekanan kepada penonton. Atas sebab itu, setiap paparan filem ini
diketengahkan dalam bentuk komedi,” katanya.
Mengenai
harapan terhadap filem sulung arahannya itu, Ghaz berkata, populariti
pelakon utamanya mampu menarik penonton biar pun senario kutipan filem
tempatan tidak menentu kebelakangan ini.
“Saya risau juga dengan kutipan filem tempatan sejak akhir-akhir ini tetapi saya percaya pada mesej daripada mulut ke mulut oleh penonton yang sudah menyaksikannya. Kaedah itu mampu menjadi promosi yang baik untuk menarik penonton.
“Saya risau juga dengan kutipan filem tempatan sejak akhir-akhir ini tetapi saya percaya pada mesej daripada mulut ke mulut oleh penonton yang sudah menyaksikannya. Kaedah itu mampu menjadi promosi yang baik untuk menarik penonton.
“Selain
itu, populariti Zizan, Remy, Fizz dan Neelofa juga mampu menarik
penonton ke pawagam. Malah, saya bersyukur kerana filem ini ditayangkan
pada hujung bulan ketika orang ramai sudah mendapat gaji, mungkin itu
juga akan membantu,” katanya.
Hantu Kapcai
yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu
Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang
terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.
Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.
Sebelum ini, Ghaz dikenali sebagai pengarah klip video lagu-lagu artis tempatan antaranya Kisah Hati nyanyian Alyah, Cinta Bersatu (Liyana Jasmay), Pelangi Senja (Stacy) dan terbaru Muara Hati (Datuk Siti Nurhaliza & Hafiz).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan