Selepas
memberi peluang kepada Datuk Sheila Majid selama seminggu, Badan
Pengutip Royalti, Hak Pelaku Dan Persembahan Artis (PRISM) semalam
mengambil keputusan menyaman ratu jazz negara itu sebanyak RM6 juta
selepas gagal mengemukakan permohonan maaf.
Ahli Lembaga Pengarah yang
juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air
(Papita), Datuk M Daud Wahid berkata, pihaknya terpaksa berbuat
demikian selepas tiada permohonan maaf daripada Sheila selepas tempoh
seminggu dari 24 hingga 31 Julai lalu tamat.
Beliau
berkata, imej dan reputasi PRISM tercemar dan sehingga semalam,
pihaknya tidak dibenarkan membuat kutipan disebabkan dakwaan Sheila,
sedangkan bayaran royalti perlu dijelaskan kepada ahli yang masih ada
bagi tahun hadapan.
Isu ini
timbul selepas penyanyi itu dalam kenyataan akhbar berbahasa Inggeris
pada 22 Julai lalu mendakwa hanya dibayar royalti sekali iaitu RM5,000
pada tahun lalu, itu pun selepas dia meninggalkan persatuan dan
menubuhkan badan pemungut royalti baru, Recording Performance Malaysia
(RPM).
M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.
M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.
“Kesan
dakwaan Sheila menyebabkan keahlian PRISM merudum daripada 1,306 ahli
kepada hanya 600 orang dalam tempoh sebulan selepas kenyataan
berkenaan,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD)
Shah Alam jam 5 petang, semalam.
Beliau
berkata, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana isu itu juga
membuatkan pembayar royalti tidak lagi percaya kepada persatuan.
M Daud berkata, surat saman akan dikirimkan kepada Sheila dalam masa terdekat, selain akan berbincang memecat keahlian penyanyi itu.
Sementara itu, Sheila gagal dihubungi dan suaminya, Acis memberitahu, kedua-dua mereka kini di Jakarta, Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan