Dua
pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan
hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini
bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.
Ia selepas kedua-dua pemain
didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira
pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman,
Selasa lalu.Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi
mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana
kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang
ditetapkan.
“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut
Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak
menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat
Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.
Menurut
Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar
bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak
pengurusan, ia belum diputuskan lagi.
Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.
Dalam
pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan
meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen
Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang
berbakat.
“Selain
itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa
yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.
Jelasnya,
kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu
tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan
kembali memberi saingan.
“Saya
bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik
gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan